Berita Harian

Griezmann pelengkap derita Jerman

Sumbat dua gol untuk singkir kemaraan skuad Joachim Loew

-

Juara dunia Perancis bangkit daripada ketinggala­n satu gol untuk mengatasi Jerman 2-1 menerusi dua jaringan Antoine

Penyerang 27 tahun itu memadamkan jaringan penalti disempurna­kan Toni Kroos dengan tandukan minit ke-62, kemudian meledak gol kemenangan Perancis melalui sepakan penalti, sekali gus menutup peluang buat pelawat mara ke separuh akhir.

“Inilah perbezaan antara pasukan yang mempunyai keyakinan tinggi berbanding pasukan seperti Jerman yang kurang kurang keyakinan dan mungkin juga kurang berkesan,” kata pengendali Perancis Didier Deschamps.

“Tidak ada apa yang lebih baik untuk pasukan saya, pemainsaya, berbanding ini. Vitamin terbaik ialah kemenangan dan malam ini kami mengharung­i perlawanan sukar berdepan pasukan yang sukar.”

Kualiti Perancis berbeza

Perancis mendahului kedudukan Kumpulan 1 Liga A dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan, diikuti Belanda yang mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan dan Jerman satu mata.

Jerman melakukan lima pertukaran ke atas pasukan yang tewas kepada Belanda 3-0 Sabtu lalu, dan ia lebih berkesan walaupun berakhir dengan mencatat kekalahan keenam tahun ini.

“Kami tidak sepatutnya kecewa selepas persembaha­n seperti itu malam ini,” kata pengendali Jerman Joachim Loew yang terus mendapat tekanan selepas kegagalan pasukannya di Piala Dunia Jun lalu.

“Kami setanding juara dunia dan kami seharusnya menjaringk­an gol kedua pada babak pertama. Tetapi Perancis mempunyai kualiti dan menjaringk­an dua gol daripada beberapa peluang yang ada.”

Selepas tersingkir pada peringkat kumpulan Piala Dunia Russia, Jerman, juara dunia pada tahun 2014, masih memburu kemenangan pertama dalam kejohanan Liga Juara-juara UEFA. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia