Berita Harian

Peluang lunas dendam

Buka langkah lawan Jepun di Muscat malam ini

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Skuad hoki negara kekal optimis mampu meraih tiga mata penuh apabila bertemu Jepun pada perlawanan pertama Trofi Juara-juara Asia di Muscat, Oman, malam ini.

Meskipun masih belum dapat melupakan sepenuhnya mimpi ngeri tewas kepada negara matahari terbit itu sekali gus terlepas untuk meraih tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, kapten skuad negara, Sukri Mutalib percaya pasukan negara kini sudah memperoleh semangat baru.

Di Jakarta, Malaysia tewas menerusi penentuan penalti 1-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 6-6 pada masa sebenar.

“Memang kami masih ingat lagi final itu tapi mahu tidak mahu kami perlu bertemu dengan Jepun juga pada saingan kali ini.

Sentuhan Oltmans

“Apa yang boleh kami lakukan adalah cuba untuk melupakan peristiwa lalu dengan mengambil pengajaran daripadany­a.

“Sudah pasti kami akan menampilka­n pendekatan berbeza apabila bertemu Jepun kali ini.

“Untuk pertemuan dengan mereka, kami sasarkan tiga mata penuh,” katanya.

Sukri juga berkata, penampilan skuad negara kali ini pastinya sedikit berbeza dengan kehadiran Roelant Oltmans selaku ketua jurulatih skuad negara yang baru.

Menurutnya, gandingan Oltmans serta bekas ketua jurulatih, Stephen Van Huizen yang kini menggalas tugas selaku penolong jurulatih bakal memberi suntikan baru kepada skuad negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia