Berita Harian

ISTAF, PSM mula perang dingin isu ingkar arahan

- Oleh Azlan Muhammad

Kuala Lumpur: Hubungan Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) dengan Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (ISTAF) kini makin kusutsusul­an dakwaan dua pegawai dan dua pemain negara melanggar arahan penggantun­gan dikenakan terhadap mereka.

Menerusi surat dikeluarka­n kepada PSM semalam, ISTAF menjelaska­n badan induk sepak takraw negara kini berdepan tindakan disiplin.

Menurut Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, PSM membenarka­n ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad dan penolong jurulatih, Mohd Rashidi Nordin yang sedang menjalani penggantun­gan empat bulan menyertai kursus kejurulati­han anjuran PSM dari 10 hingga 14 Oktober lalu.

“Ia menunjukka­n kepimpinan tertinggi PSM sudah melanggar arahan ISTAF sebagai badan induk dunia. PSM turut menghantar mesej tidak tepat seolaholah membenarka­n pegawai dan atlet Malaysia boleh mengingkar­i arahan ISTAF,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan dua pemain (Mohd Safaruddin Abu Bakar dan Muhammad Afifuddin Mohd Razali) yang bersaing di Liga Sepak Takraw (STL) walaupun PSM mendakwa sudah membayar denda dikenakan pada minggu lalu, Abdul Halim menjelaska­n ISTAF sudah menolak pembayaran dilakukan dua pemain terbabit.

Nasi jadi bubur

“Nasi sudah menjadi bubur. ISTAF tidak membenarka­n tindakan membayar denda dua pemain itu kerana hukuman sudah berkuat-kuasa iaitu pada 1 Oktober lalu.

“ISTAF hairan kenapa PSM tidak mahu melangsaik­an ia sebelum tarikh ditetapkan iaitu 29 September selain hanya mahu membayar denda kepada dua pemain saja sedangkan lima individu dikenakan denda. Kami sudah memberi ruang dan tempoh yang panjang kepada PSM.

“Keputusan menggantun­g dilakukan Majlis Tertinggi ISTAF. Sebelum ini, kami sudah memaklumka­n secara bertulis kepada PSM serta pemain mengenai penggantun­gan empat bulan itu,” katanya.

ISTAF pada 8 Oktober lalu memaklumka­n empat individu berkenaan antara digantung selama empat bulan mulai 1 Oktober sehingga 31 Januari 2019 sekali gus tidak boleh menyertai sebarang kegiatan sepak takraw sama ada dalam negara atau antarabang­sa.

Isu bermula apabila ISTAF mendakwa PSM gagal melunaskan denda berjumlah AS$7,000 (RM28,960) dikenakan terhadap dua jurulatih dan tiga pemain kebangsaan susulan enggan meneruskan perlawanan akhir regu berpasukan di Piala Raja Thai 2016. Zain

 ??  ?? Abdul Talib Ahmad
Abdul Talib Ahmad
 ??  ?? Abdul Halim Kader
Abdul Halim Kader

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia