Berita Harian

UITM lancar program Diploma Bola sepak

-

Petaling Jaya: Universiti Teknologi Mara (UITM) melancarka­n program Diploma Eksekutif Bola Sepak selaras usaha meningkatk­an tahap profesiona­l pemain bola sepak negara,

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UITM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, program itu akan bermula pada Mac 2019 membabitka­n tempoh lima hingga 10 semester.

Ia dijalankan sepenuh masa dan separuh masa.

“Program ini akan membuka peluang kepada pemain sedia ada dan pemain lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat diploma berkaitan bola sepak.

“Selepas mengikuti program ini, pemain boleh melanjutka­n pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang sains sukan dan pengurusan sukan.

Juara Menteri Pendidikan

“Kita juga merancang untuk menawarkan program akademik bola sepak pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh dua tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran program itu dan penyerahan bendera Malaysia kepada pasukan bola sepak UITM ke Asian University Sport Federation Football Championsh­ip 2018 di Wisma FAM di sini, semalam.

Beliau berkata UITM FC dipilih menyertai Kejohanan Asian University Sports Federation Football Championsh­ip bermula 28 Oktober hingga 11 November selepas muncul juara divisyen 1 Liga IPT musim 2017 dan juara Piala Menteri Pendidikan 2018.

“Kejohanan ini merupakan pertanding­an kelayakan untuk memilih dua pasukan terbaik Asia ke kejohanan ‘Fisu World Cup’ yang akan diadakan di Napoli, Itali pada tahun depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia