Berita Harian

Penyerang otai tekad tebus malang TFC

-

Kuala Terengganu: Luka lama ditewaskan Negeri Sembilan 1-2 dalam aksi final Piala Malaysia 2011 masih lagi berbekas buat penyerang ‘otai’ Terengganu FC (TFC), Mohd Ashari Samsudin.

Malah lebih menyedihka­n penyerang berusia 33 tahun itu berjaya meledak gol pendahulua­n pada minit ke-59 sebelum tewas hasil jaringan S Kunanlan dan Hairuddin Omar pada minit ke-81 dan 86.

Justeru pemain tunggal skuad 2011 itu yang masih setia bersama Penyu musim ini tidak rela episod malang itu terus berulang sebaliknya pemain yang digelar The Silent Killer itu mahu melangkah ke final bagi mengulangi pencapain itu dan seterusnya merangkul piala berprestij itu.

Bebas daripada kecederaan

“Setakat ini saya bebas daripada kecederaan, malah tahap keyakinan saya dan rakan sepasukan juga cukup tinggi untuk berdepan juara Liga Super itu yang juga juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada separuh akhir kedua di tempat mereka Sabtu ini.

“Saya tidak mahu bercakap besar, tapi jika disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama, saya tiada pilihan lain kecuali mahu buktikan corak permainan masih lagi bertenaga dan mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada pasukan dalam aksi penting itu.

Berdasarka­n rekod, bekas penyerang kebangsaan musim 2008 hingga 2013 itu berjaya meledak sebanyak 76 gol sepanjang 229 penampilan­nya dalam saingan liga bermula 2005 hingga kini ketika mewakili skuad Penyu dan Pahang pada tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia