Berita Harian

Perak enggan dabik dada

Durakovic anggap kelebihan lima gol belum selamat di Likas

- Oleh Azizan Hashim

Jangan sombong dengan kelebihan dimiliki kerana Perak sebenarnya belum selamat. Begitulah peringatan Mehmet Durakovic kepada anak buahnya menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan Sabah di Stadium Likas, Ahad ini.

Bagi Durakovic, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak walaupun mereka membawa bekalan lima gol berikutan kemenangan besar 5-0 di Ipoh pada 8 Oktober lalu.

“Jangan sekali-kali pandang remeh kemampuan Sabah. Mereka pasukan yang bagus. Lupakan apa yang berlaku di Ipoh dua minggu lalu. Jika kami boleh menang besar di Ipoh kenapa mereka tidak boleh.

Kali ini mereka bermain di gelanggang sendiri dan dengan sokongan padu penyokong, semua kelebihan berpihak kepada mereka,” katanya selepas latihan semalam.

Perlu terus cemerlang

Justeru, jurulatih dari Australia itu tidak mahu anak buahnya bersikap terlalu yakin serta berasa angkuh dengan kejayaan mereka setakat ini.

“Perlawanan ini pastinya tidak mudah. Masih ada 90 minit untuk pemain Perak berjuang mempertaha­nkan kedudukan ini.

“Kami perlu bermain dengan cemerlang seperti ketika aksi pertama jika ingin mara ke final. Jika beraksi di bawah tahap, kami mengundang padah,” katanya.

Setakat ini dua pemain mengalami kecederaan iaitu Nor Hakim Hassan dan Wander Luiz menyebabka­n mereka tidak menyertai latihan pagi semalam..

Durakovic berkata, beliau mendapat perkhabara­n Kenny Pallraj yang beraksi buat Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan di Melaka malam semalam mengalami kecederaan ringan di buku lali.

Sementara Amirul Azhan Aznan tidak diturunkan dalam kedua-dua perlawanan persahabat­an termasuk dengan Sri Lanka di Colombo 12 Oktober lalu kerana tidak sihat.

Dua lagi pemain Perak dalam skuad bimbingan Tan Cheng Hoe adalah Shahrul Saad dan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. Jurulatih Perak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia