Berita Harian

JDT tak kebal di Larkin: Irfan

- Oleh Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim mengiktira­f skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Namun Irfan Bakti mengakui skuad Harimau Selatan itu tidak lagi kebal, malah beliau menjangkak­an skuad itu bakal hilang taringnya serta mampu ‘dilemaskan’ dalam lautan penyokong sendiri pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Larkin, Sabtu ini.

“Kami yakin dengan perancanga­n yang sudah diatur, skuad kami mampu melangkah ke final kerana JDT juga boleh dikalahkan di tempat mereka biarpun bekalan yang kami bawa tipis hasil kemenangan 1-0,” kata Irfan Bakti ketika ditemui ketika sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, semalam.

Ditanya kelemahan yang perlu diperbaiki pasukannya, Irfan Bakti dengan tenang mengakui aspek itu sudah dan sedang diperbaiki kerana sedar JDT bukan calang-calang pasukan.

Pemain sudah lali

“Kelemahan terutama kelekaan ketika situasi set piece harus diperbaiki segera selain elemen serangan perlu lebih tajam begitu juga aspek bertahan serta jentera tengah harus diperkasa lagi.”

“Aksi pemanas badan bertemu kelab dari India, East Bengal pada Sabtu lalu yang berkesudah­an seri 0-0 memberi input penting kepada kami untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada sebelum bertemu JDT,” katanya.

Mengulas kemungkina­n ada pemainnya bakal tertekan dengan aura penyokong tuan rumah, beliau tidak berasa cemas kerana sedar sebahagian besar pemainnya sudah lali dengan situasi itu.

“Dengan pengalaman yang ada pada pemain kami seperti Lee Tuck, Kipre Tchetche, Sufian Rahman, Latiff Suhaimi, Igor Zonjic, ia tidak menghadapi sebarang masalah selain mereka juga mampu bertindak menasihati pemain lain,” ujar Irfan Bakti.

 ?? [ FOTO ROZAINAH ZAKARIA / BH ] ?? Irfan Bakti bersama pemain TFC ketika sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, semalam.
[ FOTO ROZAINAH ZAKARIA / BH ] Irfan Bakti bersama pemain TFC ketika sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia