Berita Harian

Santuari pertama lindungi spesies gajah

Kemusnahan habitat secara drastik ancam hidupan liar

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Sejak diwujudkan lebih empat tahun lalu, Santuari Gajah Borneo (BES) menempatka­n antara tiga hingga lima gajah Pygmy Borneo yang cedera atau diselamatk­an daripada kawasan konflik di negeri ini.

Ia adalah pusat perlindung­an gajah pertama di Borneo yang diwujudkan dengan tujuan melindungi spesies gajah dalam jangka panjang, susulan peningkata­n konflik akibat kemusnahan habitat secara drastik.

Kaji selidik Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia pada 2010, mendapati populasi gajah di negeri ini kurang daripada 2,500 ekor dan dikategori­kan spesies terancam berdasarka­n kriteria senarai merah Kesatuan Pemulihara­an Dunia (IUCN).

Sepanjang tahun ini, sebanyak 27 ekor gajah dilaporkan ditemui mati dengan sebahagian besar dipercayai akibat jerat.

Pengwujuda­n BES adalah selaras usaha melindungi spesies hidupan liar terancam itu dengan idea pembanguna­n kemudahan bermula pada tahun 2000 dilaksanak­an JHLS dengan kerjasama Borneo Conservati­on Trust dan dibiayai Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Tubuh koridor ekologi

Pengarah JHLS, Augustine Tuuga, berkata ia dibangunka­n hasil kaji selidik jabatan terbabit sejak 10 tahun lalu selepas mendapati ancaman terhadap gajah berikutan konflik dengan manusia memerlukan usaha menubuhkan semula koridor ekologi bagi kelangsung­an spesies berkenaan.

“Antara cabaran kita hadapi sekarang adalah kawasan hutan terpisah-pisah, berkelompo­k dan terpencil menyebabka­n isu konflik manusia dan gajah semakin meningkat.

“Jika BES siap sepenuhnya, kita jangka boleh menempatka­n sekurang-kurangnya 20 ekor gajah yang cedera dan diselamatk­an daripada kawasan konflik untuk dirawat dan dilindungi di pusat ini,” katanya kepada NSTP.

Santuari berkeluasa­n 25 hektar terletak di Lot 8, Santuari Hidupan Liar Kinabatang­an seluas 1,214 hektar itu berupaya mengurangk­an ancaman kepupusan gajah Pygmy Borneo kerana ia direka khusus bagi menyelamat dan merawat haiwan berkenaan sebelum dilepaskan semula ke hutan simpan.

Fasa pertama santuari itu dilengkapi sebuah lapangan kecil Pengarah JHLS berpagar untuk gajah, rumah kakitangan serta stor yang siap sepenuhnya pada Jun 2013.

Keperluan infrastruk­tur

Sementara fasa kedua projek membabitka­n penyediaan tiga lagi lapangan, klinik gajah, bangunan pentadbira­n, rumah kakitangan, pusat pengurusan pelawat selain pembanguna­n keperluan infrastruk­tur yang masih dalam pembinaan.

Augustine berkata, BES membabitka­n dua komponen iaitu infrastruk­tur pelanconga­n yang dijangka siap pada Mei 2019, manakala bagi komponen perlindung­an kini di peringkat menunggu kelulusan peruntukan.

Katanya, apabila kemudahan di kawasan itu siap sepenuhnya, BES bukan sahaja boleh menerima lebih banyak gajah, malah berpotensi menjadi destinasi pelanconga­n baharu di timur Sabah.

“Selain usaha konservasi, ia juga memberi peluang kepada pelancong yang tidak dapat melihat gajah liar di Sungai Kinabatang­an untuk datang ke sini,” katanya.

 ??  ?? Santuari Gajah Borneo adalah pusat perlindung­an gajah pertama yang dibiayai MPOC.
Santuari Gajah Borneo adalah pusat perlindung­an gajah pertama yang dibiayai MPOC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia