Berita Harian

Kaji punca gajah pygmy jantan kini tiada gading

-

Kinabatang­an: Penyelidik­an perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca perubahan fizikal ke atas gajah Pygmy Borneo, terutama pertumbuha­n gading.

Pendapat itu disuarakan Pengurus Operasi Santuari Gajah Borneo (BES), Jibius Dausip yang mendedahka­n antara perubahan fizikal ketara termasuk gading semakin pendek, membengkok ke belakang dan fenomena terbaru yang dikesan sejak kira-kira empat tahun lalu iaitu ada gajah jantan langsung tidak memiliki gading.

Beliau berkata, berbanding sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an, gading gajah yang ditemui di negeri ini boleh mencecah sehingga 1.5 meter panjang.

Selepas itu, katanya, perubahan berlaku apabila kebanyakan gajah jantan yang ditemui di Sabah hanya memiliki gading sepanjang antara 0.4 hingga 0.9 meter.

“Dulu di Kinabatang­an, kita masih boleh lihat gajah jantan dengan panjang gading semua lebih satu depa dalam sesuatu kumpulan. Sekarang, dalam satu kumpulan cuma boleh jumpa satu atau dua gajah jantan dewasa tetapi bukan dengan gading yang panjang,” katanya kepada NSTP.

BES adalah tempat perlindung­an gajah pertama di Borneo berkeluasa­n 25 hektar, terletak di Lot 8, Santuari Hidupan Liar Kinabatang­an yang dibina khusus bagi menyelamat dan merawat gajah sebelum dilepaskan semula ke hutan simpan.

Kajian terperinci

Jibius yang berpengala­man lebih 35 tahun dalam penyelamat­an hidupan liar dan 27 tahun dalam pengawalan serta penyelamat­an gajah di Sabah berkata, fenomena terbaharu yang berlaku ke atas gajah Pygmy Borneo kebelakang­an ini lebih mengejutka­n apabila ada antaranya tidak memiliki gading.

Sama ada gading gajah tidak tumbuh atau mungkin rapuh, katanya, ia memerlukan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca.

“Mengapa gading gajah boleh berubah, semakin rapuh atau ada yang tiada gading? Ia antara kajian penting dalam usaha kita memulihara spesies gajah yang semakin pupus di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini, NSTP pernah melaporkan penemuan seekor gajah dengan gading menghala ke bawah, hampir menyamai haiwan prasejarah, harimau gigi pedang, pada Ogos 2016.

Gajah itu ditemui Jabatan Hidupan Liar ketika membuat translokas­i sekumpulan gajah dari Felda Umas, Tawau ke kawasan baharu, sebelum ditemui mati di kawasan Sungai Segama, Lahad Datu pada Januari tahun lalu, manakala gading terbabit hilang dipercayai diambil pemburu haram.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia