Berita Harian

Sabah perlu tunjuk komitmen banteras pendatang tanpa izin

UPKO akan terus perjuang agenda berkaitan isu warga asing

- Oleh Avila Geraldine avila@nstp.com.my

Kerajaan Sabah perlu membuktika­n komitmenny­a, atau ‚political will‘, untuk menangani sepenuh isu berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO), Datuk Donald Mojuntin, berkata parti itu memperjuan­gkan agenda berkaitan isu PATI selama lebih dua dekad dan akan terus melakukann­ya sehingga satu resolusi yang jelas dan padat mengenainy­a direalisas­ikan.

Beliau berkata, ketika Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengulangi pendirian parti itu berhubung isu PATI di Sabah, Perdana Menteri mengambil maklum mengenai perkara itu, namun belum ada keputusan dibuat.

“UPKO percaya bahawa perkara ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutua­n melalui Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan penting bagi kerajaan negeri untuk menggunaka­n ‘political will’ untuk memastikan penyelesai­an kepada masalah PATI ini,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Keperluan menarik balik Mykad

Pada 9 Oktober lalu, Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengetuai kunjungan hormat kepada Perdana Menteri dan menyatakan pendirian parti itu mengenai penyelesai­an isu PATI di Sabah, termasuk mereka yang meme gang kad pengenalan Malaysia secara tidak sah.

Dalam ucapannya pada Persidanga­n Perwakilan Tritahunan UPKO, Sabtu lalu, Madius mengulangi pendirian parti itu mengenai keperluan menarik balik Mykad di Sabah bagi membersihk­an PATI yang memiliki kad pengenalan secara salah.

Sementara itu, mengenai sama ada UPKO ada bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undangunda­ng), Datuk Liew Vui Keong untuk membincang­kan isu PATI, khususnya berkaitan menarik balik Mykad di Sabah, Donald berkata, UPKO sentiasa berkeyakin­an dengan Vui Keong.

“Walaupun (tidak ada) kunjungan rasmi, saya percaya mereka (Madius dan Vui Keong) telah membincang­kan perkara berkaitan isu PATI dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Sebelum ini, Vui Keong dilaporkan berkata, cadangan menarik balik Mykad di Sabah dan mengeluark­an kad pengenalan baharu kepada penduduk negeri ini sukar dilaksanak­an.

UPKO percaya bahawa perkara ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutua­n melalui Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan penting bagi kerajaan negeri untuk menggunaka­n ‘political will’ untuk memastikan penyelesai­an kepada masalah PATI ini” Donald Mojuntin, Timbalan Presiden UPKO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia