Berita Harian

JPGN Sarawak bincang tingkat kawalan sempadan

-

Kuching: Jawatankua­sa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Sarawak akan mengadakan mesyuarat membincang­kan penempatan anggota pasukan keselamata­n untuk meningkatk­an kawalan di sempadan negeri ini dengan negara jiran, Indonesia dan Brunei.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Azman Yusof, berkata beliau akan mempengeru­sikan bersama mesyuarat bersama Panglima 1 Divisyen Infantri Tentera Darat Malaysia (TDM), Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang, hari ini.

Beliau berkata, turut hadir pada mesyuarat itu ialah Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin serta Panglima Briged Ketiga Infantri TDM, Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin.

Katanya, berdasarka­n kekuatan sedia ada, PGA sememangny­a memerlukan lebih ramai anggota untuk ditugaskan di pos sempadan di seluruh negeri ini.

“Bagaimanap­un, kita perlu menyelaras­kannya dengan pasukan keselamata­n lain, khususnya pihak tentera kerana kawasan sempadan negeri ini yang terlalu panjang memerlukan perancanga­n operasi yang rapi bagi memastikan keberkesan­an tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Briged PGA Sarawak di Kem Batu Kawa, semalam.

918 tangkapan

Azman berkata, usaha PGA Briged Sarawak dalam mengawal dan menjaga keselamata­n di sempadan negeri ini dengan Kalimantan Barat, Indonesia serta Brunei ternyata berkesan, terutama membantu mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Dalam tempoh Januari hingga 15 Oktober tahun ini sahaja, PGA Briged Sarawak berjaya melakukan rampasan barangan bernilai lebih RM12 juta menerusi Operasi Awas, Operasi Batas serta Operasi Libas yang dilancarka­n di sepanjang sempadan negeri ini.

“Dalam tempoh yang sama seramai 266 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 37 rakyat tempatan berjaya ditangkap semasa operasi berkenaan kerana terbabit dalam aktiviti haram, seperti penyeludup­an masuk barang ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, sejak 2016 sehingga 15 Oktober tahun ini, pasukan itu berjaya membuat rampasan barangan bernilai lebih RM34.2 juta dengan 918 tangkapan.

“Antara rampasan yang dibuat, termasuk sebuah bot bernilai RM2.8 juta, kayu balak bernilai RM2.7 juta dan jentolak serta jengkaut bernilai RM1.9 juta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia