Berita Harian

Sarawak raih RM3.6B eksport kayu

-

Miri: Eksport kayu dan barangan berasaskan kayu menyumbang RM3.6 bilion kepada pendapatan Sarawak sepanjang tempoh lapan bulan tahun ini.

Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan, Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Edagang negeri, Datuk Mohd Naroden Majais, berkata kawasan utara Sarawak masih menjadi penyumbang utama hasil pengekspor­tan komoditi itu.

Beliau berkata, dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kawasan utara Sarawak yang meliputi Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas mencatatka­n nilai eksport kayu sebanyak RM2.3 bilion.

“Industri perkayuan di wilayah utara Sarawak menyumbang pendapatan yang besar kepada pendapatan negeri untuk eksport kayu.

“Ia sekali gus menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negeri,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke45, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) di sini, kelmarin.

Mohd Naroden berkata, papan lapis kekal menjadi penyumbang tertinggi produk kayu dengan nilai eksport berjumlah RM800 juta, diikuti kayu balak RM300 juta dan kayu bergergaji sebanyak RM265 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu. Beliau berkata, kebanyakan produk kayu berkenaan, terutama papan lapis Sarawak dieksport ke Jepun.

Masalah bekalan

Bagaimanap­un, katanya, industri perkayuan di negeri ini berdepan masalah bekalan jika tiada usaha untuk mengekalka­n sumber.

“Kayu adalah satu komoditi yang boleh habis jika tidak diurus dengan teratur.

“Justeru, PUSAKA merancang beberapa aktiviti untuk memajukan industri ini, termasuk memperkena­lkan produk perabot menggunaka­n kayu akasia, ” katanya.

Beliau berkata, langkah itu diambil bertujuan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada sumber kayu hutan asli yang semakin berkuranga­n.

“PUSAKA diberi tanggungja­wab untuk menjayakan plan transforma­si industri perkayuan di Sarawak, ” katanya.

 ?? [ FOTO JANNAH KHO ./ BH ] ?? Mohd Naroden (tiga dari kiri) bergambar bersama tetamu pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-45, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) di Miri.
[ FOTO JANNAH KHO ./ BH ] Mohd Naroden (tiga dari kiri) bergambar bersama tetamu pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-45, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia