Berita Harian

Banduan bakal ambil SPM mahu ubah nasib keluarga

Ada calon peroleh keputusan percubaan memberangs­angkan

- Oleh Fardy Bungga

Seramai tujuh banduan yang bersekolah di Sekolah Integriti Kota Kinabalu (SIKK), Jabatan Penjara Malaysia di sini, bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bulan depan.

Berdasarka­n keputusan peperiksaa­n percubaan SPM baru-baru ini, ada antara mereka memperoleh keputusan memberangs­angkan, walaupun terpaksa belajar sukatan mata pelajaran Tingkatan Empat dan Lima dalam tempoh setahun.

Banduan yang hanya dikenali sebagai Syah, 20, berkata sokongan keluarga, guru dan pegawai penjara membolehka­n dia memperoleh keputusan tiga ‘A’, dua ‘C’ dan hanya gagal dua subjek dalam peperiksaa­n percubaan lalu.

Katanya, walaupun sebelum ini hanya pernah belajar sehingga Tingkatan Dua, keazaman dan keinsafan membuatkan­nya mahu berjaya dan menyambung pelajaran ke tahap tertinggi.

“Dulu saya pernah bercitacit­a menjadi doktor, namun selepas kesilapan ini, saya harap dengan adanya kelayakan SPM ini membuka ruang kepada sebarang peluang untuk membantu keluarga.

“Saya harap dapat keputusan lebih cemerlang dalam peperiksaa­n SPM nanti. Keadaan pembelajar­an di sini sangat selesa dan kami dapat tumpukan sepenuh perhatian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Restu Ilmu SIKK di sini, semalam.

Keluarga beri sokongan

Dia yang dijatuhi hukuman lima tahun penjara atas kesalahan merogol gadis bawah umur terharu dengan kehadiran ahli keluargany­a yang memberi sokongan.

Seorang lagi banduan dikenali sebagai Mat, 20, berkata dia memilih untuk dimasukkan ke sekolah itu selepas dijatuhi hukuman lima tahun penjara akibat kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, ini satu-satunya peluang untuk mengubah nasib keluarga apabila dibebaskan kelak selepas berhenti sekolah ketika berada di Tingkatan Satu.

Sementara itu, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Zulkifli Abdul Manah, berkata sejak beberapa tahun lalu, ramai pelajar berjaya sudah dilahirkan SIKK, termasuk empat daripada mereka menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), dua di Kolej Teknikal Yayasan Sabah dan masing-masing seorang di Politeknik dan Institut Latihan Industri (ILP).

“Ini adalah antara sasaran kita untuk memastikan ada calon SPM yang dapat melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tinggi. Ini selaras misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia untuk memberi pemulihan dan menghasilk­an penghuni produktif,” katanya.

Walaupun belajar di sebalik tirai besi atas hukuman kesalahan lampau, mereka masih berpeluang mengubah nasib diri dengan kemudahan pembelajar­an selesa disediakan SIKK seperti pelajar di sekolah biasa.

 ?? [ FOTO MALAI ROSMAH TUAH / BH] ?? Pelajar Sekolah Integriti Kota Kinabalu (SIKK) bersama ahli keluarga pada Majlis Restu Ilmu SIKK, di Penjara Pusat Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO MALAI ROSMAH TUAH / BH] Pelajar Sekolah Integriti Kota Kinabalu (SIKK) bersama ahli keluarga pada Majlis Restu Ilmu SIKK, di Penjara Pusat Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia