Berita Harian

Musim hujan jejas bekalan sayur, buah

-

Kota Kinabalu: Cuaca kurang baik dengan hujan berterusan kebelakang­an ini menyebabka­n hasil pertanian seperti buah dan sayur yang dijual di Pasar Tani Asia City di sini, berkuranga­n.

Peniaga buah, Saintim Gohan, 54, berkata minggu ini dia hanya dapat menjual pisang dan labu yang sudah dituai lebih awal kerana bimbang rosak disebabkan faktor cuaca.

“Selalunya saya jual pelbagai jenis buah, termasuk buah bermusim seperti rambutan, durian dan tarap, tetapi hari ini (semalam) saya hanya dapat jual pisang dan labu kerana keadaan cuaca yang kurang baik sejak kebelakang­an ini. Buah-buahan banyak rosak disebabkan hujan lebat.”

“Begitu juga labu kerana ia tidak boleh terkena hujan dan mudah rosak, jadi saya terpaksa petik walaupun masih mentah,” katanya ketika ditemui di pasar tani itu, semalam.

Saintim berkata, biasanya dia mendapatka­n bekalan buah-buahan dari kampung di Kota Belud dan ia bergantung pada musim serta cuaca.

“Kalau musim dan cuaca bagus, banyaklah saya jual, kalau tidak saya cuma dapat jual buah yang mudah didapati dan tidak mudah rosak akibat hujan,” katanya.

Peniaga sayur, Nurmidah Hasan, 40, berkata hujan yang kerap sejak kebelakang­an ini menyebabka­n bekalan sayur-sayuran semakin berkuranga­n.

“Biasanya saya dapat bekalan sayur-sayuran daripada petani di beberapa daerah, termasuk Tuaran dan Tamparuli.

“Sepanjang minggu ini, cuaca kurang baik dan saya cuma dapat cili padi satu setengah kilogram, kacang bendi dua pek dan beberapa sayur lain dalam kuantiti sedikit.” katanya.

Bagaimanap­un, Nurmidah berkata, walaupun bekalan sayur berkuranga­n, harga tidak meningkat.

“Harga tidak naik dan kami masih menjualnya dengan harga berpatutan kerana ini adalah pasar tani yang menawarkan harga lebih murah berbanding kedai atau pasar raya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia