Berita Harian

Paip bocor punca gangguan air

-

Kuching: Kebocoran paip utama dalam air (submarin) di Sungai Rejang dikenal pasti punca gangguan bekalan air di sekitar Tanjung Manis dan kawasan berdekatan daerah itu, sejak Ahad lalu.

Jurucakap Kementeria­n Utiliti negeri dalam satu kenyataan media semalam, berkata selain gangguan bekalan air di Tanjung Manis, kawasan yang turut terjejas ialah Rejang, Belawai, Jerijih, Serdeng dan Pulau Bruit sehingga kerja baik pulih disiapkan.

“Kebocoran paip submarin ini mungkin disebabkan saluran paip yang uzur dan tekanan air yang tinggi.

“Bagaimanap­un, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan melakukan kerja baik pulih dengan kadar segera dan dijangka mengambil masa berikutan lokasi paip yang bocor terletak di dalam sungai,” katanya.

Tindakan segera

Kenyataan kementeria­n itu turut menjelaska­n, tindakan segera diambil oleh JBALB ketika ini dengan menghantar air menggunaka­n tangki ke kawasan yang terjejas.

“Terdapat 14 kawasan dikenal pasti untuk proses penghantar­an air menggunaka­n dua atau tiga tangki.

“JBALB juga akan menyediaka­n tangki simpanan air di beberapa kawasan strategik bagi memudahkan pengguna mendapatka­n bekalan air sementara kerja baik pulih disiapkan,” katanya.

Sehubungan itu, Kementeria­n Utiliti negeri menasihatk­an penduduk yang terjejas mengambil langkah penjimatan penggunaan air.

Kementeria­n itu juga berusaha memulihkan bekalan air secepat mungkin dan perkembang­an terkini proses baik pulih akan dimaklumka­n kepada pengguna dari semasa ke semasa.

 ?? [ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI / STR] ?? Bekalan air dihantar menggunaka­n tangki ke kawasan terjejas di sekitar Tanjung Manis akibat kebocoran paip submarin di Sungai Rejang.
[ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI / STR] Bekalan air dihantar menggunaka­n tangki ke kawasan terjejas di sekitar Tanjung Manis akibat kebocoran paip submarin di Sungai Rejang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia