Berita Harian

Polis didesak bongkar dalang bunuh Bill Kayong

Keluarga tidak puas hati hasil siasatan walaupun ada tertuduh dikenakan tindakan

- Oleh Kandau Sidi

Polis digesa membongkar misteri di sebalik ‘dalang’ kes pembunuhan bekas Setiausaha Cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong yang ditembak mati berdekatan lampu isyarat berhampira­n pusat beli-belah Emart di sini, tiga tahun lalu.

Adik mangsa, Davy Kayong, 43, berkata polis wajar membuka semula kes itu untuk mendedahka­n individu yang bertanggun­gjawab sebagai perancang utama dalam kes pembunuhan berkenaan.

Katanya, keluarga Bill masih tidak berpuas hati dengan hasil siasatan yang dilakukan sebelum ini, walaupun sudah ada individu dikenakan tindakan.

“Kita mahu supaya polis membuka semula siasatan kes ini untuk memastikan keadilan undang-undang diberikan terhadap mangsa,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Bawa isu ke parlimen

Beliau berkata, mereka sekeluarga masih mengharapk­an polis membongkar kes itu supaya perancang utama kes berkenaan dapat dikenakan tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Miri, Dr Micheal Teo Yu Keng, berkata beliau berikrar untuk membawa isu itu ke Parlimen supaya dalang di sebalik kes itu mendapat hukuman setimpal dengan perbuatann­ya.

“Saya tidak akan berhenti meminta polis membuka semula kes ini sehingga mereka yang terbabit bersubahat dalam kes ini dikenakan tindakan undangunda­ng,” katanya.

Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju, pula berkata, pihak berkaitan, termasuk Kementeria­n Dalam Negeri perlu menyiasat semula kes itu.

“Kes itu tidak lengkap kerana tidak semua orang yang terbabit dalam pembunuhan kejam terhadap Bill Kayong dibawa ke mahkamah,” katanya.

Pada Jun 2017, Mahkamah Tinggi Miri membebaska­n tiga daripada empat tertuduh, Lie Chang Loon, Chin Wui Ching dan ahli perniagaan, Datuk Stephen Lee Chee Kiang dari pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Bill.

Mahkamah Tinggi Miri hanya menjatuhka­n hukuman mati terhadap Mohamad Fitri Pauzi kerana didapati bersalah.

Bill, 43, atau nama Islamnya, Mohd Hasbie Abdullah ditembak ketika memandu Toyota Hilux, kira-kira jam 8.30 pagi pada 21 Jun 2016.

Pembunuhan pemimpin PKR Miri dipercayai dikaitkan dengan tugasnya sebagai pejuang masyarakat, terutama hak dan tanah adat Bumiputera di Sarawak. Ahli Parlimen Miri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia