Berita Harian

Tasik Chini berisiko hilang status Rizab Biosfera UNESCO

-

Kuantan: Tasik Chini berisiko kehilangan status Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO) sekiranya penerokaan tanah dan perlombong­an terus berleluasa.

Tasik Chini adalah tapak pertama di Malaysia mendapat status berkenaan pada 1996 dan hanya dua tapak tersenarai negara ini.

Satu lagi tapak berstatus sama ialah Banjaran Crocker di Sabah.

Kebimbanga­n itu disuarakan bekas Ketua Pusat Penyelidik­an Tasik Chini (PPTC), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris.

Beliau berkata, UNESCO melakukan audit setiap 10 tahun terhadap semua tapak disenaraik­an dalam Rizab Biosfera dan pengaudita­n dilakukan mulai Mei sehingga September depan, membabitka­n penyediaan laporan serta lawatan wakil UNESCO.

“Berdasarka­n keadaan semasa, 80 peratus akan hilang jika melihat keadaan terkini kerana tiada pemulihan dilakukan.

Patut lakukan secara teratur

“Kegiatan perlombong­an sepatutnya dilakukan secara teratur, contohnya harus dikambus selepas selesai melombong dan tidak dilakukan hingga ke zon penampan.

“Negara mengalami kerugian jika kehilangan status itu kerana menerusiny­a kita boleh mendapat dana penyelidik­an untuk membangunk­an kawasan, termasuk menyediaka­n peluang ekonomi kepada penduduk setempat seperti Orang Asli.

“Bukan mudah memperoleh­nya dan mungkin berlaku saling menuding jari atau menyalahka­n satu sama lain sekiranya Tasik Chini dikeluarka­n dari senarai Rizab Biosfera UNESCO,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia