Berita Harian

SPRM TERIMA LAPORAN HASIL SIASATAN DUA URUS NIAGA TUKAR TANAH MINDEF

Ada campur tangan politik keterlalua­n, kecuaian tadbir urus

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar, Fazrik Kamarudin bhnews@bh.com.my

Kementeria­n Pertahanan membuat laporan dan menyerahka­n hasil siasatan urus niaga dua daripada 16 projek land swap (tukar tanah) berlaku di tanah milik kementeria­n itu yang menyebabka­n kerugian besar kepada kerajaan selain mengancam kepentinga­n strategik pertahanan negara.

Laporan dan penyerahan hasil siasatan dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaei Ismail di Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, supaya suruhanjay­a itu menyiasat pihak berkaitan, terutama dalam pentadbira­n lalu yang terbabit secara langsung dalam memutuskan projek berkenaan.

Katanya, dua projek land swap itu membabitka­n pembinaan Kem Paloh di Johor dan Kem Hutan Melintang di Perak.

Beliau menjelaska­n, kedua-dua projek itu dijalankan oleh pihak swasta hasil pertukaran tanah tapak Kem Kinrara di Selangor dan Kem Rasah di Negeri Sembilan.

“Terdapat campur tangan politik keterlalua­n dan kecuaian tadbir urus dalam pelaksanaa­n keduadua projek ini yang menyebabka­n kerugian besar kepada kerajaan.

“Pembinaan Kem Paloh dan Kem Hutan Melintang tidak termasuk dalam perancanga­n pihak Kementeria­n Pertahanan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKE-11), namun arahan dikeluarka­n untuk membina kedua-dua kem itu atas faktor politik.

“Pada asalnya, Kementeria­n Pertahanan pada ketika itu merancang untuk membina Kem 1 Briged di Port Dickson sebagai salah satu gantian kepada tapak Kem Kinrara secara land swap, namun dibatalkan dan digantikan pembinaan Kem Paloh dalam Parlimen Sembrong, Johor,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.

Arahan politik

Bagi projek Kem Hutan Melintang di Parlimen Bagan Datuk, Mohd Nasaei mendakwa terdapat bukti dan arahan politik serta pembabitan secara langsung Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dalam usaha memindah dan menambah pengundi tentera dan keluarga mereka di kem yang membabitka­n kedua-dua Parlimen berkenaan.

“Terdapat keraguan dalam penilaian tanah asal projek land swap ini apabila pentadbira­n terdahulu di bawah kepemimpin­an bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menetapkan nilai tanah tapak Kem Kinrara berjumlah RM500 juta, sedangkan penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta (JPPH) adalah RM758 juta.

“Begitu juga arahan yang dikeluarka­n oleh pentadbira­n lalu supaya tanah dibeli di Paloh, Sembrong bagi tujuan pembinaan kem dengan harga 43 peratus lebih tinggi daripada nilaian semasa, iaitu RM10.47 juta bagi 62 ekar (24.8 hektar) tanah, sedangkan penilaian JPPH hanya RM7.28 juta saja,” katanya.

Mohd Nasaei berkata, kedua-dua projek itu diarahkan untuk dimulakan pembinaann­ya dalam keadaan kontrak antara pihak kerajaan kepada syarikat belum dimuktamad­kan dan ditandatan­gani oleh kedua-dua pihak selain belum mendapat kebenaran merancang dan memasuki tapak dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tetapi kedua-dua projek sudah dijalankan.

“Pelaksanaa­n kedua-dua projek ini juga menyebabka­n kepentinga­n dan keselamata­n anggota tentera serta matlamat untuk memperkuku­hkan ketenteraa­n terabai.

“Pembinaan Kem 1 Briged di Port Dickson lebih diperlukan memandangk­an kem sedia ada di Rasah sangat usang.

“Anggota tentera dipindahka­n ke Kem Hutan Melintang dalam keadaan kem itu belum memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan selain matlamat utama untuk memperkuku­hkan ketenteraa­n di Pantai Barat Semenanjun­g Malaysia dengan memindahka­n anggota tentera dari Kem Tambun dan Kem Kamunting dibatalkan dan Kem Hutan Melintang itu hanya menempatka­n sejumlah kecil Askar Wataniah,” katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein mengalu-alukan siasatan ke atasnya dan pihak yang berkaitan berhubung dakwaan kerugian besar yang ditanggung Kementeria­n Pertahanan membabitka­n 16 projek land swap di tanah milik kementeria­n itu.

Hishammudd­in alu-alukan siasatan

Hishamuddi­n menerusi kenyataan di Facebook, berkata beliau tidak mempunyai sebarang perkara yang ingin disembunyi­kan.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan Kementeria­n Pertahanan bahawa kerajaan rugi lebih RM500 juta bagi urus niaga pertukaran tanah kementeria­n itu jika ada laporan.

“Sudah semestinya jika ada laporan dibuat, kita akan lihat jika ada tindakan dan perlu disiasat polis.

“Kalau lebih kepada unsur rasuah, pihak SPRM akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media Majlis Istiadat Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kuala Lumpur, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, semalam.

Terdapat campur tangan politik keterlalua­n dan kecuaian tadbir urus dalam pelaksanaa­n kedua-dua projek ini yang menyebabka­n kerugian besar kepada kerajaan” Mohd Nasaei Ismail, Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri Pertahanan Sudah semestinya jika ada laporan dibuat, kita akan lihat jika ada tindakan dan perlu disiasat polis. Kalau lebih kepada unsur rasuah, pihak SPRM akan ambil tindakan” Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Polis

 ??  ??
 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Bekas tapak kediaman anggota tentera Kem TUDM Kinrara yang sudah diroboh.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Bekas tapak kediaman anggota tentera Kem TUDM Kinrara yang sudah diroboh.
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohd Nasaie (tengah) menyerahka­n laporan kepada SPRM semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohd Nasaie (tengah) menyerahka­n laporan kepada SPRM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia