Berita Harian

RCI UNTUK HAKIM

Suruhanjay­a tentukan cara siasatan, pendakwaan

- Oleh Rohaniza Idris dan Fazrik Kamarudin bhnews@bh.com.my

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi siasat salah laku hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutua­n

Pakar perlembaga­an, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood cadang pakar perundanga­n, polis dan bekas hakim, termasuk dari negara Komanwel dilantik ahli RCI

Peguam Negara, Tommy Thomas jelaskan kes di semua mahkamah, termasuk peringkat tinggi dan rendah berjalan seperti biasa ketika RCI kendalikan siasatan

Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai dakwaan salah laku oleh hakim tertentu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, terpulang kepada suruhanjay­a siasatan itu nanti menentukan cara bagaimana siasatan dan pendakwaan akan dibuat berhubung dakwaan salah laku berkenaan.

“Terma rujukan mengenai suruhanjay­a itu akan ditentukan kemudian,” katanya ditemui media selepas melakukan lawatan rasmi dan sesi ramah mesra bersama warga Kementeria­n Pertahanan di sini, semalam.

Beliau ditanya mengenai gesaan pelbagai pihak supaya RCI ditubuhkan berikutan pendedahan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Persekutua­n, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer berhubung beberapa kejadian campur tangan hakim dalam badan kehakiman di Malaysia.

Tipu wang kerajaan

Dr Hamid Sultan dalam afidavitny­a setebal 63 halaman pada 14 Februari, mendakwa berlaku penipuan oleh hakim kanan tertentu dengan peguam persendiri­an untuk menipu wang kerajaan menerusi kontrak yang dibatalkan.

Ia termasuk campur tangan dalam keputusan rayuan kes hasutan mendiang Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.

Kumpulan peguam bebas turut mendakwa mengumpul bukti campur tangan beberapa hakim Mahkamah Rendah dalam beberapa isu sensitif membabitka­n politik.

Jumaat lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan bersedia mengkaji keperluan diwujudkan satu suruhanjay­a siasatan berikutan pendedahan mengenai salah laku dan campur tangan hakim dalam keputusan mahkamah.

RCI salah laku hakim boleh ‘buka perkara’ lain - MUKA SEPULUH

 ??  ??
 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] ?? Dr Mahathir bersama sebahagian warga Kementeria­n Pertahanan ketika lawatan rasmi di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] Dr Mahathir bersama sebahagian warga Kementeria­n Pertahanan ketika lawatan rasmi di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia