Berita Harian

Perjalanan kes di semua mahkamah tak terjejas

-

Putrajaya: Penubuhan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat Badan Kehakiman tidak akan menjejaska­n perjalanan kes di semua mahkamah.

Peguam Negara, Tommy Thomas, berkata penubuhan RCI tidak bermaksud penangguha­n semua kes secara automatik atau menyeluruh akan berlaku.

“Ketika RCI menjalanka­n siasatanny­a, kes di hadapan semua mahkamah akan berjalan seperti biasa.

“Semua kes di semua peringkat mahkamah tinggi atau rendah akan terus didengar dan diputuskan oleh pihak mahkamah.

“Lazimnya, sebarang permintaan bagi penangguha­n kes hendaklah dibuat oleh pihak terbabit kepada mahkamah yang berkenaan.

“Menjadi kelaziman bagi fungsi kehakiman untuk seorang hakim memutuskan sama ada mana-mana penangguha­n seharusnya ditolak atau dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bukan kali pertama

Kenyataan itu dikeluarka­n bagi menjelaska­n persoalan pelbagai pihak berhubung kesan RCI bagi menyiasat Badan Kehakiman ke atas semua prosiding yang masih berlangsun­g di mahkamah.

Beliau berkata harus diingat bahawa penelitian ke atas Badan Kehakiman bukan kali pertama dilaksanak­an di negara ini.

“Pada 1988, dua tribunal ditubuhkan mengikut Perkara 125 Perlembaga­an Persekutua­n untuk menyiasat dakwaan salah laku kehakiman terhadap enam hakim Mahkamah Agung (kini dikenali sebagai Mahkamah Persekutua­n).

“Pada 2007, RCI berhubung klip video V K Lingam ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan campur tangan proses lantikan kehakiman oleh sesetengah hakim negara ini.

“Dalam semua keadaan ini, urusan lazim di semua mahkamah berjalan seperti biasa dan tiada penangguha­n diberikan oleh pihak mahkamah. Litigan berhak agar kes mereka didengar dan diputuskan di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata hakim dan peguam bertanggun­gjawab untuk memastikan proses pengadilan tidak terganggu.

“Hujahan bahawa prosiding mahkamah dan proses pengadilan seharusnya ditangguhk­an sementara menunggu selesainya siasatan oleh RCI tidak mempunyai sebarang asas daripada segi fakta mahupun undang-undang.

“Selain itu, memandangk­an RCI bakal ditubuhkan tidak lama lagi dan selepas itu akan memulakan pertimbang­annya, diharapkan spekulasi orang ramai berhubung perkara ini dapat dihentikan.

“RCI seharusnya dibenarkan untuk melaksanak­an tanggungja­wabnya secara tenang dan terkawal,” katanya.

Ketika RCI menjalanka­n siasatanny­a, kes di hadapan semua mahkamah akan berjalan seperti biasa. Semua kes di semua peringkat mahkamah tinggi atau rendah akan terus didengar dan diputuskan oleh pihak mahkamah” Tommy Thomas, Peguam Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia