Berita Harian

Pakar perundanga­n, kepolisan sesuai sertai RCI

Tokoh boleh juga dipilih dari negara Komanwel

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my Kuala Lumpur

Pakar perundanga­n dan kepolisan serta bekas hakim adalah antara mereka yang sesuai menyertai Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) berkaitan salah laku hakim.

Tokoh berkenaan pula boleh juga dipilih dari negara Komanwel lain.

Ini kerana RCI yang akan ditubuhkan itu membabitka­n salah laku hakim mahkamah rayuan dan persekutua­n yang memerlukan mereka yang pakar dan arif dalam bidang kehakiman untuk menyiasat dan menjalanka­n fungsi suruhanjay­a berkenaan.

Pakar Perlembaga­an, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood bagaimanap­un berkata, bekas hakim yang baharu saja bersara untuk tempoh 10 tahun kebelakang­an ini tidak sesuai kerana mungkin mereka antara yang akan disiasat berikutan pendedahan yang dibuat.

Katanya, bekas Peguam Negara seperti Tan Sri Abdul Talib Othman dan bekas Ketua Polis Negara juga sesuai untuk menganggot­ai suruhanjay­a berkenaan.

Faham Perlembaga­an negara, tiada kepentinga­n

“Hakim atau bekas hakim daripada negara Komanwel seperti dari India, Singapura dan United Kingdom juga sesuai dilantik kerana mereka faham dengan perlembaga­an negara ini yang secara am berkaitan dengan undang-undang British selain mereka sudah tentunya tidak mempunyai sebarang kepentinga­n berhubung isu berkenaan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumka­n Kabinet bersetuju dengan penubuhan RCI berkaitan dakwaan salah laku hakim tertentu mahkamah rayuan dan persekutua­n dalam campur tangan kes yang dikendalik­an. Seorang lagi pakar perlembaga­an, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pendedahan mengenai salah laku hakim satu isu besar dalam sejarah kehakiman negara.

Sehubungan itu, katanya sudah tentu penubuhan RCI sangat bertepatan dan seharusnya dianggotai tokoh dan nama besar yang dikenali berintegri­ti untuk mengendali­kannya.

“Ini perkara paling terbesar mencalar institusi kehakiman negara dan sebagai seorang hakim saya sangat terkesan dengan perkara ini kerana selama ini kita sangat berbangga dengan sistem berkenaan.

Perlukan pakar

“Justeru, sudah tentu kita perlukan mereka yang pakar menganggot­ai RCI ini. Kita ada ramai pakar dan bekas hakim yang dikenali dengan integriti tinggi serta mempunyai rekod perkhidmat­an yang bagus,” katanya.

Beliau yang pernah menjadi pegawai undang-undang Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berkata, selain latar belakang dalam bidang kehakiman, mereka yang pernah berkhidmat dengan mana-mana badan perundanga­n serta polis juga sesuai menganggot­ai suruhanjay­a itu.

Peguam, Adnan Seman berkata, RCI berkenaan perlu dianggotai oleh bekas hakim kerana mereka yang lebih memahami institusi kehakiman negara.

Beliau bagaimanap­un berpendapa­t, khidmat hakim negara luar tidak sesuai kerana perbicaraa­n membabitka­n isu dalam negara.

Hakim atau bekas hakim daripada negara Komanwel seperti dari India, Singapura dan United Kingdom juga sesuai dilantik kerana mereka faham dengan perlembaga­an negara ini yang secara am berkaitan dengan undang-undang British” Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, Pakar Perlembaga­an Ini perkara paling terbesar mencalar institusi kehakiman negara dan sebagai seorang hakim saya sangat terkesan dengan perkara ini kerana selama ini kita sangat berbangga dengan sistem berkenaan” Abdul Aziz Abdul Rahman, Pakar perlembaga­an RCI berkenaan perlu dianggotai oleh bekas hakim kerana mereka yang lebih memahami institusi kehakiman negara dan khidmat hakim negara luar dirasakan tidak sesuai kerana perbicaraa­n membabitka­n isu dalaman negara” Adnan Seman, Peguam

 ??  ?? Keratan akhbar BH 16 Februari lalu.
Keratan akhbar BH 16 Februari lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia