Berita Harian

Pendekatan ATM perlu ikut keadaan semasa

Negara mesti bersedia berdepan musuh merangkumi pelbagai sudut, ideologi: Dr Mahathir

- Oleh Rohaniza Idris dan Fazrik Kamarudin

Kaedah dan pendekatan Kementeria­n Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu diubah serta disesuaika­n dengan keadaan semasa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, negara kini berdepan ancaman kompleks dan mencabar, manakala musuh dihadapi tidak dikenali, malah ada kalanya wujud seperti bayangan.

Katanya, musuh tidak lagi bertumpu dari dalam negara tetapi merangkumi pelbagai sudut dan pihak yang memusuhi negara didorong ideologi dan pegangan berbeza.

“Dalam lain perkataan, globalisas­i yang dikaitkan dengan ekonomi selama ini turut terkait dengan keganasan dan peperangan.

Hadapi ancaman kompleks

“Justeru, Menteri Pertahanan memikul tanggungja­wab berat dalam menghadapi ancaman kompleks.

“Ancaman berlaku pada setiap masa kerana maklumat era globalisas­i ini bergerak pantas dan melampaui sempadan,” katanya berucap dalam majlis lawatan rasmi ke Kementeria­n Pertahanan di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Dr Mahathir berkata, kedudukan strategik Malaysia memberi kelebihan dari segi geopolitik serantau dan dunia.

Dari sudut lain, Perdana Menteri berkata, ia mendedahka­n negara kepada pelbagai ancaman luar membabitka­n kuasa besar yang boleh menarik Malaysia ke kancah pertelingk­ahan.

“Justeru, Kementeria­n Pertahanan mempunyai tanggungja­wab besar untuk mengkaji kesan, manakala perkembang­an di persada antarabang­sa akan membantu kerajaan mengambil keputusan diplomatik bersesuaia­n.

“Pada masa sama, kita menilai kelengkapa­n sesuai diperlukan ATM,” katanya.

Dr Mahathir berkata, fokus utama adalah memastikan kedaulatan negara tidak dicabar atau tergadai dalam usaha berdiploma­si dan menjaga hubungan baik dengan semua pihak.

Katanya, Malaysia perlu kekal sebagai negara berkecuali yang tidak memihak kepada manamana kuasa dunia, selain sedia bersahabat dengan negara besar dan kecil demi kepentinga­n bersama.

 ??  ??
 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] ?? Dr Mahathir memeriksa kawalan kehormat ketika lawatan rasmi ke Kementeria­n Pertahanan di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR /BH] Dr Mahathir memeriksa kawalan kehormat ketika lawatan rasmi ke Kementeria­n Pertahanan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia