Berita Harian

Kerajaan negeri lancar operasi tangani perlombong­an

-

Pekan: Kerajaan Pahang melancarka­n operasi bersepadu bagi menangani perlombong­an berhampira­n Tasik Chini, dekat sini yang semakin berleluasa sehingga menjejaska­n destinasi tarikan eko pelanconga­n itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata operasi membabitka­n Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Perhutanan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Pekan.

Katanya, operasi itu dilancarka­n susulan aduan aktiviti perlombong­an berhampira­n Tasik Chini oleh seorang penyelidik yang bertugas di tasik berkenaan pada 14 Februari lalu dan JAS pada hari berikutnya.

“Aduan penyelidik berkenaan antara lain menyebut aktiviti perlombong­an yang tibatiba meningkat di satu daripada lombong di situ yang melarat hingga menghampir­i perairan Tasik Chini.

“Beliau mendakwa berlaku pergerakan lori mengangkut tanah secara mendadak, berkemungk­inan bijih besi, masuk dan keluar di atas tapak Pusat Latihan Kemahiran Negara (PLKN) selepas jam 10 malam setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Wan Rosdy berkata, ketika operasi itu dilancarka­n, tiada kerja atau jentera di tapak tetapi didapati ialah bekas kerja penebangan pokok dan aktiviti mengorek tanah dipercayai untuk maksud penjualan.

Status tanah kerajaan

“Status tanah masih tanah kerajaan yang dalam proses pertukaran hak milik kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK).

“Berdasarka­n perbincang­an bersama, jabatan terbabit memutuskan, PTG, PDT Pekan dan JMG mengambil tindakan penguatkua­saan berkaitan sambil menyediaka­n laporan lengkap mengenainy­a.

“Keputusan dibuat supaya satu pasukan pengawasan penguatkua­saan PTG ditempatka­n di tapak lain dalam kawasan dipercayai diceroboh untuk tujuan perlombong­an berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia