Berita Harian

Kualiti air boleh merosot

Ujian dapati masih selamat diminum tetapi perlu dirawat

- Oleh Amin Ridzuan Ishak aminridzua­n@bh.com.my

Kualiti air Tasik Chini, di sini boleh terjejas teruk sekiranya kegiatan perlombong­an dan penerokaan tanah di zon penampan atau kawasan berhampira­nnya terus berleluasa tanpa pemantauan rapi.

Rekod kualiti air di tasik berkenaan sebelum ini mencecah kepada kategori kelas tiga atau menjadi lebih keruh berikutan air dari kawasan penerokaan mengalir ke tasik terutama apabila hujan berterusan.

Selain itu, kualiti air di tasik berkenaan juga boleh dipengaruh­i sekiranya berlaku limpahan Sungai Pahang ketika musim tengkujuh yang menyebabka­n banjir.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Rosli Zul, berkata pihaknya mempunyai 15 stesen di tasik berkenaan untuk memantau kualiti air.

Katanya, ujian setiap bulan mendapati kualiti air berada pada kelas dua iaitu masih selamat diminum tetapi perlu dirawat.

“Kita akui kegiatan perlombong­an dan penerokaan tanah berhampira­n berpotensi menjadikan kualiti air di tasik itu semakin rendah dan merosot.

“Sekarang tidak nampak (keruh) kerana tiada hujan. Ia pernah menurun kepada kelas tiga disebabkan limpahan Sungai Pahang juga kualiti air juga dalam kelas tiga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

BH semalam melaporkan, masa depan Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga dan destinasi tarikan eko pelanconga­n semakin kelam sekiranya penerokaan tanah serta perlombong­an di Bukit Ketaya yang berhampira­n, tidak dikawal.

Keistimewa­an 12 tasik air tawar seluas 5,084 hektar yang turut menjadi penyumbang ekonomi masyarakat setempat melalui pelanconga­n dan penangkapa­n ikan, turut terjejas apabila air tasik bertukar keruh.

Penerokaan makin parah

Tinjauan di sekitar tasik dan Bukit Ketaya mendapati penerokaan tanah tanpa kawalan dilakukan berhampira­n tasik seolah-olah tiada zon penampan seperti yang lazimnya ditetapkan bagi mengelak pencemaran alam sekitar.

Difahamkan, penerokaan tanah bagi perlombong­an di kawasan itu bermula sejak beberapa tahun lalu, namun ia semakin parah kebelakang­an ini.

Kira-kira 1,000 penduduk Orang Asli dari tiga perkampung­an berhampira­n menggunaka­n air tasik itu untuk kegunaan harian termasuk memasak yang terjejas apabila air menjadi keruh.

Penduduk mendakwa sekitar 60-an sehingga 80-an, air di tasik itu boleh diminum begitu saja kerana bersih tetapi keadaannya semakin keruh dan tidak lagi selamat sejak 2000.

Sementara itu, BH difahamkan sepasukan agensi kerajaan merangkumi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Pejabat Tanah dan Daerah Pekan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan JAS meninjau ke kawasan perlombong­an berhampira­n Tasik Chini kelmarin untuk membuat pemeriksaa­n selepas menerima aduan.

Bagaimanap­un, usaha BH mendapatka­n kenyataan rasmi mengenai operasi itu, termasuk sama ada pelombong diarahkan menghentik­an kerja belum berhasil.

 ??  ?? Rosli Zul
Rosli Zul
 ??  ?? Tasik Chini yang menjadi sumber air untuk penduduk setempat, terutama Orang Asli.
Tasik Chini yang menjadi sumber air untuk penduduk setempat, terutama Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia