Berita Harian

Desakan prinsip suburkan demokrasi

-

Kuala Lumpur: Desakan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri tidak wajar ‘disenyapka­n’ kerana ia antara prinsip yang menyuburka­n demokrasi di negara ini.

Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, berkata kebebasan melemparka­n kritikan sangat digalakkan dalam suasana Malaysia baharu, berbanding zaman pemerintah­an diterajui Barisan Nasional (BN).

“Zaman BN dulu, kalau ada seorang anggota Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), katakan mewakili MCA, MIC mengkritik Datuk Seri Najib Razak, sudah pasti beliau dipecat daripada partinya.

Boleh kritik bukti demokratik

“Hakikat bahawa seorang pemimpin DAP boleh mengkritik dan menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan menunjukka­n kita demokratik.

“Adakah kita suruh pecat yang membuat kritikan atau gesaan itu? Tidak, bukan?” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Pertemuan Bersama Media anjuran Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), di sini, semalam.

Selasa lalu, Ahli Jawatankua­sa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, dilapor mendesak Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas didakwa memperkeci­lkan manifesto dan janji Pakatan Harapan (PH) dengan menyifatka­nnya bukan kitab suci yang perlu dipatuhi.

A Kadir turut menafikan dimaklumka­n mengenai percaturan melakukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang didakwa kini hebat diterajui rakan komponen (PH), tetapi lebih cenderung kepada kepemimpin­an Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia