Berita Harian

PAS didakwa terima dana UMNO 2 bulan sebelum PRU-14

-

Kuala Lumpur: PAS didakwa menerima dana daripada UMNO, kira-kira dua bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berlangsun­g yang menyaksika­n peralihan tampuk pemerintah­an kerajaan buat kali pertama.

Portal Sarawak Report ketika mendedahka­n perkara itu turut memuat naik paparan transaksi perbankan antara wakil daripada UMNO ke akaun dikatakan milik PAS.

Transaksi pada 21 Mac 2018 itu antara lain didakwa dilaksanak­an pembantu Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, iaitu Shamsul Zairil Kamaruddin, membabitka­n nilai RM1.5 juta.

Pendedahan mengejutka­n oleh Sarawak Report itu mendakwa PAS menerima dana daripada UMNO bernilai RM2.5 juta, yang dipercayai digunakan untuk tujuan kelangsung­an politik parti Islam berkenaan.

Portal berkenaan bagaimanap­un tidak menyatakan butiran lanjut berhubung lebihan transaksi, iaitu RM1 juta yang dikatakan diberikan UMNO kepada PAS.

Bukti perbankan itu sekali gus bercanggah dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada April tahun lalu ketika perbicaraa­n di mahkamah di London, bahawa parti terbabit tidak ada sebarang hubungan politik secara langsung atau sebaliknya dengan UMNO.

Kupasan selanjutny­a oleh Sarawak Report berhubung isu itu turut menyaksika­n portal berkenaan mempunyai pengesahan mengenai pengurusan PAS terhadap dana diberikan UMNO.

“Dana yang diberikan kepada PAS ini digunakan untuk membayar beberapa deposit pilihan raya pada PRU-14 lalu.

“Beberapa juta ringgit turut disalurkan secara tunai oleh UMNO menggunaka­n pendekatan sama dalam akaun PAS ketika itu,” lapor portal terbabit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia