Berita Harian

KWAN bantu nelayan tidak upaya ke laut

Kerajaan jangka dapat laksana tahun ini: Salahuddin

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@bh.com.my

Kerajaan akan memperkena­lkan Kumpulan Wang Amanah Nelayan (KWAN) bagi membantu golongan nelayan yang tidak berkeupaya­an turun ke laut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayob, berkata model bantuan itu sedang diusahakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan dijangka dapat dilaksanak­an pada tahun ini.

“KWAN adalah untuk membantu nelayan yang sudah bersara, mempunyai penyakit kronik sehingga tidak lagi berupaya.

Kumpul maklumat, data

“Kita sedang mengumpul maklumat dan data berapa jumlah golongan ini. Jika segala-galanya lengkap, kita dapat laksanakan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Peringkat Negeri Kedah, di Kompleks LKIM Kuala Sala, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Salahuddin turut melancarka­n Bot Agrotouris­m Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah yang memberikan perkhidmat­an membawa pelancong ke Pulau Payar, Langkawi.

Dapatkan bajet tambahan

Ketika berucap pada majlis itu, Salahuddin berkata, beliau akan mendapatka­n bajet tambahan bagi membantu golongan petani dan nelayan.

Katanya, sebelum ini ada dakwaan mengatakan pihaknya menghentik­an elaun sara hidup tetapi ia tidak benar kerana ia masih diteruskan.

“Kalau kurang sikit sabar dulu. Memang kurang, saya tidak bohong kerana bajet yang diberikan kurang berbanding tahun sebelumnya.

“Kami masih bagi dan ada bajet tambahan yang sedang diusahakan. Insya-allah dapat saya bagi lagi. Ini bukan janji tetapi tanggungja­wab,” katanya.

KWAN adalah untuk membantu nelayan yang sudah bersara, mempunyai penyakit kronik sehingga tidak lagi berupaya. Kita sedang mengumpul maklumat dan data berapa jumlah golongan ini. Jika segala-galanya lengkap, kita dapat laksanakan pada tahun ini” Salahuddin Ayob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] ?? Salahuddin bersama Pengerusi LKIM, Mohammad
Faiz Fadzil (kanan) melawat jeti pada program Hari Bertemu Pelanggan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Peringkat Negeri Kedah di Kompleks LKIM Kuala Sala, Alor Setar, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] Salahuddin bersama Pengerusi LKIM, Mohammad Faiz Fadzil (kanan) melawat jeti pada program Hari Bertemu Pelanggan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Peringkat Negeri Kedah di Kompleks LKIM Kuala Sala, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia