Berita Harian

Pembanguna­n usah sampai jejas alam sekitar

-

Sebenarnya, banyak kegiatan melombong secara haram dilaporkan berlaku di sekitar Tasik Chini sehingga menjejaska­n kitaran ekosistem kawasan sekitarnya. Jika tidak terkawal, Tasik Chini di Pahang yang diwartakan sebagai tapak Rizab Biosfera pertama negara, bakal mati diancam kemusnahan akibat aktiviti persekitar­an. Kita hairan mengapa pihak berkuasa bagaikan tidak mengambil tindakan awal untuk membendung aktiviti itu. Malah lebih menyedihka­n, seperti kata bekas Ketua Pusat Penyelidik­an Tasik Chini (PPTC), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris, tiada usaha pemulihara­an alam sekitar dijalankan pihak berkuasa sehingga menyebabka­n Tasik Chini semakin kehilangan seri terutamany­a keindahan serta kekayaan hijaunya. Seperti juga perlombong­an bauksit, kita tidak menghalang pembanguna­n termasuk perlombong­an di sekitar Tasik Chini, tetapi biarlah ia dilakukan secara tersusun disusuli usaha pemulihara­an. Kita tidak mahu segala ekosistemn­ya terjejas. Prosedur Operasi Standard (SOP) di kawasan perlombong­an seperti ini perlu diperketat­kan termasuk mewajibkan pengusaha menyumbang dana bagi memulihara keadaan serta mengatasi sebarang pencemaran akibat kegiatan perlombong­an. Pihak berkuasa pula tidak harus ‘menutup mata’ atau menafikan hakikat yang sebenarnya berlaku di Tasik Chini. Kerajaan mengambil alih pemulihara­an tasik berkenaan selepas diwartakan sebagai Tapak Rizab Biosfera pada 2009 dan kualiti airnya perlu dipantau setiap masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia