Berita Harian

RCI salah laku hakim boleh ‘buka perkara’ lain

-

Media tempatan kelmarin melaporkan bahawa Kabinet setuju menubuhkan satu Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan salah laku hakim sedikit masa lalu. Mengikut laporan itu, keputusan Jemaah Menteri dicapai dalam mesyuaratn­ya pada Rabu lalu.

Penubuhan RCI ini sudah dijangka banyak pihak, terutama dalam kalangan ahli profesyen guaman di negara ini ekoran dakwaan mengejut seorang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer pada 13 Februari lalu.

Dakwaan hakim itu terkandung dalam satu afidavitny­a yang difailkan di mahkamah untuk menyokong saman pemula Sangeet Kaur Deo, iaitu anak perempuan mendiang Karpal Singh. Sebelum Sangeet memfailkan saman pemulanya itu, beliau membuat satu laporan polis mengenai berlaku campur tangan oleh pihak tertentu kepada kes hasutan Karpal Singh pada peringkat Mahkamah Rayuan.

Sangeet terdorong membuat laporan polis itu selepas mendengar khabar mengenai insiden gangguan itu daripada seorang peguam lain, Mohamed Haniff Khatri Abdullah. Dalam saman pemula terhadap pucuk pimpinan badan kehakiman (Ketua Hakim Negara, Richard Malanjum), Sangeet mendakwa pucuk pimpinan itu gagal bertindak menangani salah laku (gangguan) itu dan mempertaha­nkan integriti badan kehakiman negara.

Gangguan itu dikatakan membabitka­n dua kes berasingan, iaitu satu kes jenayah (kes hasutan terhadap Karpal Singah) dan satu kes sivil (kes pemelukan agama Islam anak M Indira Gandhi). Malanjum menyatakan pada November 2018 lalu, beliau sudah menangguhk­an siasatan mengenai kes hasutan Karpal itu kerana dua sebab iaitu pertama, siasatan polis sedang dijalankan dan kedua, kes itu sudah sampai ke Mahkamah Persekutua­n.

Selain itu, Ketua Hakim Negara menjelaska­n bahawa siasatan terhadap aduan salah laku hakim tidak boleh dijalankan kerana hakim berkenaan sudah pun bersara. Dalam afidavitny­a, Hakim Hamid Sultan mendedahka­n salah laku beberapa hakim sejak beberapa tahun lalu. Antara salah laku itu adalah perbuatan membantu pihak tertentu ‘menipu’ kerajaan.

Penipuan ini berlaku melalui dua peringkat – pada mulanya, satu ‘kontrak’ diwujudkan antara pihak tertentu dengan kerajaan dan selepas itu kontrak itu sengaja diingkari oleh pihak kerajaan, menyebabka­n berlaku satu perlanggar­an kontrak (breach of contract). Berasaskan pelanggara­n kontrak inilah pihak berkenaan akan menuntut pampasan (ganti rugi kerana pecah kontrak) daripada kerajaan.

Skim licik menipu kerajaan

Dalam bahasa mudah, apa yang berlaku di sini, dengan bantuan oleh hakim terbabit, adalah satu skim licik menipu kerajaan (scam) untuk mendapatka­n bayaran (wang) secara salah daripada kerajaan. Tempias pendedahan kandungan afidavit Hamid Sultan itu dalam media sosial, beberapa pihak menggesa kerajaan menubuhkan satu RCI, supaya imej dan integriti badan kehakiman negara dapat dipulihkan kembali.

Menurut peguam Ramkarpal Singh, ‘Hakim bukan Tuhan’, sebaliknya mereka adalah ‘pegawai mahkamah’ (officers of the court) dan terikat dengan kod etika yang mesti sentiasa dipatuhi.

Dalam bahasa mudah, apa yang berlaku di sini, dengan bantuan oleh hakim terbabit, adalah satu skim licik menipu kerajaan (scam) untuk mendapatka­n bayaran (wang) secara salah daripada kerajaan”

Presiden Majlis Peguam, George Varughese, juga terpanggil membuat gesaan sama. Menurutnya, apabila RCI itu ditubuhkan nanti, ia boleh juga menyiasat banyak perkara lagi, bukan hanya salah laku hakim seperti dibangkitk­an Hamid Sultan dalam afidavitny­a.

Seruan lebih lantang mengenai penubuhan RCI ini dibuat oleh Persatuan Patriot Kebangsaan. Menurut Presiden persatuan itu, Mohd Arshad Raji, RCI perlu ditubuhkan segera untuk menjalanka­n siasatan dan siapa yang terbabit dalam salah laku mesti didedahkan, ‘sekali pun ia membawa aib kepada negara ini’.

Terkejut dengan pendedahan Hakim Hamid Sultan itu, peguam Gerard Lourdsamy bertanya (dalam tulisannya yang diterbitka­n dalam portal berita sedikit masa lalu “Is our judiciary beyond redemption? Pada 16 Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, ada menyatakan bahawa kerajaan bersedia menubuhkan RCI, memandangk­an apa yang didedahkan dalam afidavit hakim Hamid itu adalah sesuatu yang ‘amat serius’ dan menjejaska­n institusi kehakiman negara.

Ini bukan kali pertama RCI ditubuhkan di negara ini. Sebelum ini RCI ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan kerajaan tempatan (1967), klip video peguam V K Linggam (2007), kematian Teoh Beng Hock (2010), isu pendatang asing di Sabah (2012), dan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada 1990-an (Julai 2017).

Kebajikan awam

Pada Januari lalu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan menubuhkan RCI bagi menyiasat isu pemerdagan­gan manusia dan kubur yang ditemui di Wang Kelian tiga tahun lalu. Apabila saya kemukakan soalan kepada seorang peguam, Yahya Abdul Rahman, apakah penubuhan RCI kali ini (untuk menyiasat salah laku hakim kanan) adalah suatu langkah ‘yang tepat atau sesuai’, beliau bertanya balik mengapa saya berasa ragu mengenai ketepatan dan kesesuainy­a?

Saya katakan padanya bahawa saya kurang yakin seksyen 2(1) akta itu cukup luas meliputi salah laku hakim, memandangk­an di bawah peruntukan itu Yang dipertuan Agong diberi kuasa melantik satu Suruhanjay­a Siasatan untuk menyiasat empat perkara berikut sahaja

(a) kelakuan mana-mana pegawai persekutua­n;

(b) perjalanan atau pengurusan mana-mana jabatan perkhidmat­an awam Malaysia;

(c) perjalanan atau pengurusan mana-mana institusi awam yang tidak semata-mata disenggara­kan dengan kumpulan wang negeri; atau

(d) apa-apa perkara lain yang siasatanny­a, pada pendapat Yang di-pertuan Agong, berfaedah bagi kebajikan awam.

Saya katakan padanya bahawa istilah ‘pegawai persekutua­n’ seperti ditakrif dalam seksyen

2(4)(a) Akta 119 itu tidak meliputi hakim. Bagaimanap­un, selepas berbincang lebih panjang lagi dengan sahabat lama saya itu, kami sependapat bahawa seksyen 2(1) perenggan (d) boleh dipakai, kerana perenggan itu membenarka­n siasatan mengenai apa-apa perkara yang berfaedah bagi kebajikan awam.

Andainya siasatan RCI itu akhirnya menunjukka­n ada berlaku salah laku di kalangan hakim, satu tribunal akan ditubuhkan di bawah Perkara 125 Fasal (3) Perlembaga­an Persekutua­n ( jika hakim itu Hakim Mahkamah Persekutua­n) atau Perkara 125 Fasal (9) Perlembaga­an Persekutua­n ( jika hakim itu Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia