Berita Harian

Masa kian suntuk selamat Tasik Chini

-

Isu penerokaan hutan bukan sahaja mengundang kepada masalah kepupusan flora dan fauna, malah menyumbang kepada pertambaha­n kepanasan bumi dan pencemaran alam sekitar. Tanpa kawalan dan penguatkua­saan undang-undang, syarikat yang menjalanka­n kegiatan penerokaan hutan tidak mustahil akan bertindak sewenang-wenangnya menebang hutan tanpa menghirauk­an langkah pencegahan yang sepatutnya seperti mewujudkan kawasan penampan.

Bagaimanap­un, kejadian penerokaan hutan dan perlombong­an di Bukit Ketaya dan kawasan berhampira­n di Tasik Chini, Pahang, sejak sekian lama sepatutnya tidak berlaku, walaupun kawasan itu dikatakan kaya dengan pelbagai jenis mineral.

Tapak pemulihara­an dan konservasi biodiversi­ti

Kawasan berkenaan ialah tapak rizab biosfera pertama di negara ini yang sepatutnya berfungsi sebagai tapak pemulihara­an dan konservasi biodiversi­ti, selain menyokong pembanguna­n lestari. Ketika ini, terdapat 651 tapak rizab biosfera dari 120 negara di dunia dengan Tasik Chini diwartakan sebagai tapak rizab biosfera kerana kaya dengan kepelbagai­an flora dan fauna.

Dengan usaha pelbagai pihak, Tasik Chini yang juga tasik air tawar kedua terbesar di negara ini diwartakan sebagai tapak rizab biosfera pada 26 Mei 2009. Kedatangan pelancong merosot. Dengan memiliki kekayaan sumber alam yang terdiri daripada 138 spesies flora, 300 spesies hidupan bukan akuatik dan 144 spesies ikan air tawar, maka tidak hairanlah Tasik Chini muncul sebagai antara destinasi ekopelanco­ngan utama di Malaysia.

Bagaimanap­un, kerakusan penerokaan tanah tanpa kawalan dilakukan berhampira­n tasik seolah-olah tiada zon penampan seperti yang lazimnya ditetapkan bagi mengelak pencemaran alam sekitar akhirnya mengundang padah.

Maka tidak hairanlah jika statistik menunjukka­n jumlah kedatangan pelancong pada 2017 di Tasik Chini menunjukka­n kemerosota­n kepada 7,000 orang ber- banding lebih 16,000 pada 2016.

Pelancong yang berkunjung ke Tasik Chini untuk melihat destinasi yang terkenal dengan mitos kewujudan naga dan tarikan ekopelanco­ngan pasti kecewa apabila mereka akhirnya dihidangka­n dengan pemandanga­n penerokaan hutan, kawasan perlombong­an dan air tasik yang semakin keruh. Walhal, Tasik Chini yang mempunyai 12 tasik air tawar seluas 5,084 hektar sepatutnya mampu menjadi penyumbang ekonomi masyarakat setempat melalui pelanconga­n dan penangkapa­n ikan.

Nasib status tapak rizab

Kajian yang dijalankan di kawasan berkenaan menunjukka­n jumlah keluasan tasik semakin menyusut berbanding saiz asalnya dengan perubahan paling ketara membabitka­n kedalaman tasik akibat berlakunya mendapan sedimen daripada kegiatan penerokaan hutan dan perlombong­an.

Kesan buruknya, ia boleh menyebabka­n sebahagian besar bandar Pekan berpotensi dilanda banjir kerana Tasik Chini adalah zon penampan semula jadi banjir untuk menakung curahan air hujan sebelum dialirkan ke Sungai Pahang, kini tidak lagi mampu melakukan fungsi berkenaan.

Selain itu, tidak mustahil status tapak rizab biosfera yang dianugerah­kan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) itu akan ditarik balik pada bila-bila masa. Masa semakin suntuk untuk melakukan pemulihan dengan pihak UNESCO dijangka melakukan pengaudita­n ke atas tapak rizab biosfera itu pada Mei ini.

Kita percaya Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli yang juga Sekretaria­t bagi program Manusia dan Biosfera (MAB) Malaysia yang bertanggun­gjawab menyelaras hala tuju serta usaha memulihara rizab biosfera di Malaysia menyedari mengenai apa yang terjadi di Tasik Chini.

Oleh itu, sewajarnya kementeria­n berkenaan, Suruhanjay­a Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di bawah Kementeria­n Pendidikan bersama-sama kerajaan Pahang bekerjasam­a untuk menangani masalah ini, sekali gus memulihara kawasan berkenaan.

Kerakusan penerokaan tanah tanpa kawalan dilakukan berhampira­n tasik seolah-olah tiada zon penampan seperti yang lazimnya ditetapkan bagi mengelak pencemaran alam sekitar akhirnya mengundang padah”

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia