Berita Harian

Syed Saddiq tak tarik balik laporan diserang

-

Hulu Langat: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan menarik balik laporan polis dibuatnya berhubung dakwaan diserang penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) menegaskan beliau ‘berani kerana benar’ selain mendakwa polis mempunyai banyak bukti berhubung kejadian itu.

“Saya tidak akan tarik balik laporan itu. Kita kena berani kerana benar dan polis sudah ada gambar, video serta keterangan saksi baharu.

“Saya yakin polis akan menjalanka­n siasatan dan biar mereka buat kerja mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­si mesyuarat Pemuda PH di sini, malam kelmarin.

Syed Saddiq pada Sabtu lalu membuat laporan polis mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkan­g ketika sedang menuju ke kenderaann­ya selepas selesai proses penamaan calon PRK DUN Semenyih.

Tahan EXCO Pemuda UMNO

Susulan laporan itu, polis menahan Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo bagi membantu siasatan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.

Sementara itu, Wan Muhammad Azri membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq yang didakwa membuat laporan palsu terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, tengah hari semalam.

Wan Muhammad Azri yang ditemui selepas membuat laporan itu menyifatka­n insiden kononnya beliau menyerang Syed Saddiq selepas proses penamaan calon PRK DUN Semenyih, sebagai perselisih­an faham.

“Niat saya untuk menyelamat­kan beliau daripada diserang penyokong BN kerana memasuki kawasan lawan, namun ia disalahert­ikan hingga Syed Saddiq membuat laporan kononnya saya menyerang dengan mencekak lehernya.

“Tindakanny­a itu menyebabka­n saya ditahan polis selama tiga hari. Saya buat laporan kerana masyarakat berhak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Syed Saddiq pada sidang media selepas Mesyuarat Pemuda Pakatan Harapan, kelmarin.
Syed Saddiq pada sidang media selepas Mesyuarat Pemuda Pakatan Harapan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia