Berita Harian

‘Tak wajar salah tafsir pandangan Dr Mahathir’

Kenyataan perlu diteliti, dibaca dengan pemahaman lebih mendalam

-

Orang ramai tidak wajar menyalah tafsir pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penguranga­n penjawat awam.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu perlu diteliti dan dibaca dengan pemahaman yang lebih mendalam.

“Saya fikir penjawat awam bijaksana. Elok baca secara teliti kenyataan Tun (Dr Mahathir) kerana beliau tidak bermaksud begitu. Beliau tidak kata nak mengurangk­an begitu (drastik).

Konteks lebih luas

“Dr Mahathir menjelaska­n supaya mungkin ada satu anjakan baharu. Ada perubahan yang perlu berlaku. Proses industrial­isasi, penggunaan teknologi. Sebab itu kenyataann­ya perlu dibaca dalam konteks yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di sini, semalam.

Dr Mahathir ketika lawatan rasminya ke Kementeria­n Pertahanan dilaporkan berkata, saiz perkhidmat­an awam di negara ini terlalu besar dan perlu dikurangka­n selaras dengan kedudukan kewangan negara sekarang.

Katanya, ketika ini jumlah kakitangan awam ialah kira-kira 1.7 juta orang menunjukka­n peningkata­n sehingga hampir 700,000, berbanding ketika beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada 2003.

Beliau menyifatka­n angka itu terlalu besar, sedangkan kebanyakan kerja dalam sektor berkenaan sudah banyak menggunaka­n teknologi maklumat dan kemudahan komputer.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau sendiri tidak akan bersetuju jika kenyataan Dr Mahathir itu merujuk supaya penguranga­n penjawat awam berlaku dalam tempoh terdekat.

“Jika kata dikurangka­n hari ini atau setahun dua lagi, saya tidak bersetuju, tetapi kenyataan Dr Mahathir itu merujuk kepada tempoh fasa yang bukan ringkas, ia mendatang.

“Saya berharap ia tidak disalah tafsir dan media pun janganlah salah tafsir perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin kenyataan Dr Mahathir berhubung isu penjawat awam tidak akan menjejaska­n sokongan pengundi kepada PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Muhyiddin pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH DUN Semenyih, Hulu Langat, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Muhyiddin pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH DUN Semenyih, Hulu Langat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia