Berita Harian

Muhammad Aiman beri jaminan mudah didekati

-

Hulu Langat: Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali, 30, memberi jaminan dirinya mudah didekati dan tiada sebarang protokol jika rakyat ingin menemuinya.

Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hulu Langat itu berkata, beliau tidak akan sesekali meminggirk­an rakyat jika dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih yang baharu.

“Saya seorang yang mudah didekati, jika terjumpa tepi jalan dan ingin mengemukak­an aduan, panggillah saya. Saya tidak akan meminggirk­an mereka. Itu jaminan saya.

“Yang mengenali saya, mereka sudah tahu yang mereka boleh datang kepada saya kerana itu adalah tugas saya untuk berkhidmat kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra Taman Semenyih Indah di sini, semalam.

Mahu selesai masalah rakyat

Muhammad Aiman berkata, visinya jika memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah untuk menyelesai­kan masalah rakyat menerusi agensi kerajaan yang berkaitan.

“Ada yang memanggil saya tuan, namun saya akan meminta mereka terus memanggil saya sebagai Aiman kerana saya mahukan mereka berasa lebih selesa dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sokongan pengundi dalam kempen yang memasuki hari keenam semalam, jelas positif dan berharap rentak itu akan terus kekal sehingga hari pengundian pada 2 Mac depan.

“Saya amat yakin sokongan kepada PH amat kuat dan yakin akan menang pada pilihan raya kali ini,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] ?? Muhammad Aiman dan isteri, Nurul Filzah Bakhtiar menziarahi penduduk, Rosnah Sarip ketika membuat tinjauan mesra di rumah PKNS Semenyih Jaya, Hulu Langat, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] Muhammad Aiman dan isteri, Nurul Filzah Bakhtiar menziarahi penduduk, Rosnah Sarip ketika membuat tinjauan mesra di rumah PKNS Semenyih Jaya, Hulu Langat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia