Berita Harian

Rundingan ECRL dijangka muktamad April ini

-

Kuala Lumpur: Kerajaan berharap dapat memuktamad­kan perbincang­an mengenai projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sebelum lawatan Perdana Menteri ke China pada bulan April ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kerajaan juga berharap yang perkara ini akan dapat diselesaik­an dengan baik dan Kerajaan China dapat memenuhi permintaan untuk mengurangk­an kos projek berkenaan kerana Malaysia tidak akan mampu untuk menampung kos pembiayaan­nya.

“Kita masih menunggu hasil daripada rundingan dan perbincang­an mengenai projek ECRL ini. Perbincang­an mengenai penguranga­n kos ini adalah berkaitan kadar yang mampu dibayar oleh Malaysia. Jika tidak nanti kita akan menanggung jumlah hutang yang tinggi dan menggadaik­an masa depan anak-anak kita.

“Ini adalah satu perkara yang amat sukar kerana sebagai kerajaan yang bertanggun­gjawab, kita bukan hanya perlu menjaga kepentinga­n pengundi, tetapi juga anak kita dan masa depan mereka.

“(Justeru) kita kena sedia berkorban untuk menjaga kepentinga­n mereka. Inilah cabaran yang saya hadapi untuk memastikan kita boleh menanggung bayaran yang mampu dibayar oleh kerajaan dan pada masa sama menjaga hubungan baik di antara kedua-dua negara,” katanya.

Enggan ulas

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia 2019 ke-12 bertemakan ‘Tinjauan Pasaran Hartanah bagi 2019’ di sini, semalam.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Michael KK Kong.

Guan Eng bagaimanap­un enggan mengulas lebih lanjut ketika ditanya mengenai rundingan penguranga­n kos pojek ECRL itu dan adakah penguranga­n itu selari dengan kemampuan kewangan kerajaan.

“Saya rasa ini bukan tempat untuk bincang secara terperinci, saya hanya boleh bercakap secara umum kerana tidak patutlah untuk saya menghebohk­an sesuatu perbincang­an yang dibuat secara dalaman dan harap anda boleh faham yang kerahsiaan perlu dijaga,” katanya.

China sedia kurangkan tanda harga

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu temu bual bersama Bloomberg dilaporkan berkata, Malaysia dan China hampir mencapai kata sepakat untuk memulakan semula projek ECRL yang sebelum ini mahu dibatalkan kerajaan.

Katanya, China bersedia untuk mengurangk­an tanda harga AS$20 bilion (RM81 bilion) bagi projek itu dan rundingan sedang ‘pada peringkat akhir’.

Rundingan diketuai oleh Tun Daim Zainuddin yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu bertujuan mengurangk­an kos dan mengecilka­n saiz projek terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia