Berita Harian

Program pengalihan kanak-kanak mula Ogos

Kementeria­n peringkat akhir gubal panduan realisasi pelaksanaa­n

- Oleh Fitri Nizam

Program pengalihan (diversion programme) kanak-kanak yang ditahan atas kesalahan jenayah yang dirangka Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan dilaksanak­an pada Ogos depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata program itu adalah sistem pengalihan kanak-kanak terbabit jenayah ringan dan tidak serius daripada sistem kehakiman sedia ada.

Katanya, Kementeria­n kini berada pada peringkat terakhir untuk menggubal garis panduan bagi merealisas­ikan pelaksanaa­n sistem diperkenal­kan itu yang dijangka siap Mac depan.

“Mengikut program ini, kanak-kanak yang terbabit kesalahan ringan tidak akan ditahan. Mereka menjalani modul intervensi disediakan khas mengikut jenis kesalahan dan latar belakang kanak-kanak itu.

“Modul intervensi itu merangkumi kaunseling, khidmat masyarakat, membayar ganti rugi atau membaik pulih kerosakan yang dilakukan,” katanya berucap pada program turun padang ke institusi kanakkanak di Sekolah Tunas Bakti Perempuan, Marang, semalam.

Rehabilita­si alternatif

Mengulas program diversion ,Dr Wan Azizah berkata, kesan buruk dari sudut psikologi yang dihadapi kanak-kanak kerana melalui proses perundanga­n akibat melakukan kesalahan kecil kadangkala lebih teruk berbanding kesalahan dilakukan sendiri.

“Justeru, inisiatif seperti diversion yang saya nyatakan perlu dipertimba­ng untuk dilaksanak­an sebagai kaedah rehabilita­si alternatif,” katanya.

Dr Wan Azizah, berkata pelaksanaa­n projek rintis diversion itu perlu dilakukan berikutan peningkata­n statistik jenayah membabitka­n kanak-kanak di- rekodkan saban tahun.

“Berdasarka­n statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan kanak-kanak yang terbabit dengan jenayah agak membimbang­kan.

“Pada 2016, 4,886 kes dilaporkan membabitka­n kanak-kanak dan jumlah itu meningkat 11.7 peratus pada tahun berikutnya, iaitu 5,146 kes,” katanya.

Sementara itu pada majlis lain, Wan Azizah berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) diingat memastikan operasi pembersiha­n dilakukan di sekitar kawasan bencana bagi mengelak risiko kesihatan.

Beliau turut mengingatk­an PBT, banjir surut bukan bererti hidup kembali normal, sebaliknya boleh membawa pelbagai kesan penyakit kepada rakyat terutama mangsa bencana.

“Kesan pasca banjir akan membebanka­n mangsa kerana mereka terpaksa hidup dengan sampah sarap bertimbun, kesan lumpur kekal di rumah dan kekurangan bekalan air bersih.

“Usaha pembersiha­n persekitar­an pasca bencana perlu diambil tindakan sewajarnya bagi mengelak risiko kesihatan,” katanya selepas taklimat khas Pasca Bencana Monsun Timur Laut di sini, semalam.

Program itu adalah sistem pengalihan kanak-kanak terbabit jenayah ringan dan tidak serius daripada sistem kehakiman sedia ada” Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia