Berita Harian

Kerajaan teliti rangka akta salah guna media sosial

-

Kuala Lumpur: Kerajaan meneliti kemungkina­n merangka Rang Undang-undang (RUU) bagi menangani penyalahgu­naan media sosial yang disifatkan semakin meruncing mutakhir ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata aspek lain yang turut dikaji ialah mekanisme terbaik bagi memantau tindakan didalangi individu tidak bertanggun­gjawab dalam memanipula­si sosial media.

Guna pendekatan Singapura

“Kita tidak menolak kemungkina­n Malaysia bakal menggunaka­n pendekatan seperti negara luar, termasuk jiran terdekat Singapura.

“Singapura mempunyai Jawatankua­sa Pemilih Khas yang ditubuhkan untuk meneliti isu ini, sebelum mengemukak­an cadangan kepada Parlimen dan peringkat seterusnya,” katanya kepada pemberita, semalam.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Pertemuan Bersama Media anjuran Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), di sini.

Yang turut hadir, Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin dan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail.

Gobind berkata, usaha penggubala­n RUU itu penting susulan lambakan laporan tanpa berasaskan fakta di media sosial yang dikhuatiri bakal mengundang masalah.

“Walaupun kita menekankan kepentinga­n kebebasan media, ia perlu mempunyai had menerusi penggubala­n perundanga­n dengan meneliti cadangan berkaitan.

“Sepatutnya perlu ada kawalan kendiri, iaitu setiap bahan berita yang didapati di media sosial sebaiknya perlu disahkan mengikut sumber rasmi,” katanya.

Beri hak kepada RTM

Dalam perkembang­an lain, Gobind berkata, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia memberi hak sepenuhnya kepada RTM untuk menentukan bentuk dan kandungan laporan mereka.

Bagaimanap­un, beliau akan meneliti kesahihan dokumen panduan kandungan liputan dan siaran RTM bagi negeri ditadbir pembangkan­g seperti yang disebarkan di media sosial.

“Ia terpulang kepada mereka nak laporkan apa, bagaimana bentuk laporan mereka.

“Saya tidak tengok lagi yang yang dikatakan di Facebook, justeru ia akan diteliti dulu sebelum mengemukak­an sebarang maklum balas,” katanya.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Gobind berbincang dengan A Kadir (kiri) dan Razali pada Majlis Pertemuan Bersama Media anjuran SUHAKAM di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Gobind berbincang dengan A Kadir (kiri) dan Razali pada Majlis Pertemuan Bersama Media anjuran SUHAKAM di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia