Berita Harian

Fuzi nafi berhibur lawatan ke Turki

-

Sandakan: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, menafikan dakwaan kononnya beliau bersama pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhibur ketika lawatan ke Turki, baru-baru ini.

Mohamad Fuzi menegaskan, lawatan itu ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Totalisato­r Malaysia, iaitu sebuah agensi di bawah Kementeria­n Kewangan.

Lawatan kerja itu, katanya, untuk mendapatka­n maklumat, berbincang dan belajar, khususnya isu militan IS, menangani jenayah perjudian, pemerdagan­gan manusia dan jenayah rentas sempadan.

“Ia bukan kali pertama dibuat (lawatan bagi tujuan sama), tidak kurang daripada lima kali sudah dijalankan. Lawatan ini juga mengikut proses yang ditetapkan iaitu kita buat permohonan kepada agensi pengawal kita yang berkaitan, antaranya Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

“Jadi, banyak perkara disebut itu (dilaporkan) tidak benar sama sekali terutama dakwaan kami berhibur, berjudi, bermewah dan menyalahgu­nakan dana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Buku

kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) Sabah dan Sarawak di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, PDRM akan mengemukak­an laporan lengkap kepada KDN berhubung dapatan daripada hasil lawatan berkenaan.

Lawatan itu tiga hari saja dan saya tidak tahu bagaimana isu Da Ma Cai (syarikat perjudian) tiba-tiba muncul,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia