Berita Harian

Kem vokasional sekat fahaman ekstremism­e

China manfaat pendidikan elak pemisahan golongan minoriti

-

Pihak berkuasa China menegaskan kewujudan kem pendidikan vokasional di wilayah Xinjiang bertujuan untuk memerangi keganasan, menamatkan penyebaran fahaman ekstremism­e dan memastikan kestabilan sosial di wilayah itu.

Timbalan Menteri Jabatan Publisiti Pusat (Peringkat Kementeria­n), Jiang Jianguo, berkata usaha yang dilakukan kerajaan China dengan membangunk­an kem itu juga mengelak daripada berlakunya pemisahan dalam kalangan golongan minoriti termasuk etnik Muslim wilayah itu.

Katanya, usaha kerajaan serantau itu tidak berkecuali bagi meningkatk­an sumber pendapatan penduduk.

“Golongan minoriti ini sukar mencari kerja terdedah kepada pengaruh dan paksaan kepada keganasan dan aktiviti pelampau.

“Pendidikan vokasional itu dapat memberi gambaran jelas tentang kesilapan keganasan dan pelampau agama dalam kalangan pelatih.

Dasar baharu jadikan wilayah selamat, stabil

“Dasar baharu turut menjadikan wilayah ini lebih selamat dan stabil serta peningkata­n kemahiran pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan lawatan media dari Malaysia dan Indonesia ke Beijing serta Xinjiang, ASEAN Elite China Tour 2019, anjuran kedutaan negara itu, di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Biro Hal Ehwal Hak Asasi Manusia Jabatan Publisiti Pusat, Zuo Feng.

Jianguo berkata, pendekatan pihak kerajaan pusat sebelum ini menafikan kewujudan kem itu kerana enggan gugat kestabilan sosial negara.

“Pihak kerajaan tidak mahu mencetuska­n panik boleh mendorong kepada berlakunya pengasinga­n antara 56 etnik lain di negara ini terhadap etnik minoriti.

“Ini berikutan pihak kerajaan pusat dan serantau mementingk­an kemakmuran, keserataan hak demi mengekalka­n kestabilan pembanguna­n sosial ekonomi negara,” katanya.

Jianguo berkata, secara peribadi beliau menolak kesemua tuduhan dan layanan buruk terhadap etnik minoriti di kem itu.

Katanya, pencegahan dilakukan untuk jangka masa panjang dapat mengelak keganasan dari menjejaska­n kestabilan dan keselamata­n negara.

“Usaha itu jelas sejajar dengan hala tuju masyarakat antarabang­sa yang memerangi keganasan di peringkat global,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Jianguo menerima kunjungan media dari Malaysia dan Indonesia ke Beijing serta Xinjiang, semalam.
Jianguo menerima kunjungan media dari Malaysia dan Indonesia ke Beijing serta Xinjiang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia