Berita Harian

Beberapa faktor boleh sebabkan cedera parah

-

Shah Alam: Beberapa faktor boleh menyebabka­n kecederaan parah pada dada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, ketika kejadian rusuhan berhampira­n Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu.

Pakar Kardiotora­sik di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Dr S Anand, berkata kecederaan Muhammad Adib mungkin berpunca akibat hentakan, jatuh dari bangunan tinggi atau diserang.

Katanya, faktor itu berdasarka­n keputusan imbasan CT dan sinar-x (X-ray) anggota bomba itu yang dilakukan di SJMC.

Serangan tak tumpu satu tempat

Dr Anand menjelaska­n, berdasarka­n pengetahua­nnya, kecederaan kes membabitka­n serangan tidak tertumpu pada satu tempat.

“Bagaimanap­un, saya rasa agak luar biasa dalam kes ini kerana kecederaan hanya di bahagian rusuk,” katanya ketika ditanya Pegawai Pengendali Zhafran Rahim Hamzah, ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-13 pada hari kelapan prosiding inkues berkenaan di Mahkamah Koroner di sini, semalam.

Terdahulu, Dr Anand memberitah­u mahkamah, beliau berada di rumah pada 27 November tahun lalu sebelum menerima panggilan kecemasan daripada doktor Bahagian Kecemasan SJMC, Dr M Nantha, kirakira jam 2 pagi.

Setibanya di hospital, Dr Anand melihat Muhammad Adib berada dalam keadaan kritikal, denyutan nadinya laju, kadar oksigen kurang dan tekanan darah rendah.

“Awalnya saya membuat penilaian kesihatan terhadap mangsa dan saya melihat dia dalam keadaan bengkak melampau pada bahagian kanan badan disebabkan pengumpula­n oksigen.

“Saya mengarahka­n mangsa dihantar ke Unit Radiologi untuk melakukan imbasan CT dan X-ray,” katanya.

Hasil imbasan, beliau mengesahka­n bengkak di tubuh Muhammad Adib disebabkan pneumothor­ax, selain mangsa patah beberapa tulang rusuk, tisu paru-paru lebam dan keadaan paru-paru tidak normal.

Beliau kemudian dibantu beberapa doktor lain bagi menstabilk­an tekanan darah Muhammad Adib yang rendah.

“Keputusan memindahka­n Muhammad Adib ke Institut Jantung Negara (IJN) dibincang bersama dua doktor dari IJN dan keluarga mangsa pada jam 7 malam, hari sama.

“Berdasarka­n rawatan diperlukan mangsa, hanya dua tempat mempunyai mesin khas berkenaan termasuk di IJN,” katanya.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Isnin depan.

Kecederaan Muhammad Adib mungkin berpunca akibat hentakan, jatuh dari bangunan tinggi atau diserang” Dr S Anand, Pakar Kardiotora­sik SJMC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia