Berita Harian

‘Paru-paru Adib parah akibat objek tumpul’

Doktor SJMC sahkan anggota bomba turut patah empat tulang rusuk

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi dan Norrasyida­h Arshad

Mahkamah Koroner di sini, semalam diberitahu paru-paru anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, didapati parah akibat objek tumpul manakala empat tulang rusuknya patah ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), tahun lalu.

Doktor Bahagian Kecemasan SJMC, Dr M Nantha, 39, menerima seorang pesakit dalam keadaan kritikal iaitu sukar bernafas, tidak sedarkan diri dan mengeluark­an suara sukar difahami ketika bertugas di wad kecemasan SJMC, 27 November tahun lalu.

Selepas membawa pesakit ke zon merah, beliau membuat pemeriksaa­n pada muka dan abdomen pesakit, tetapi tiada kecederaan.

Beliau kemudian mendapati kesan lebam di rusuk kanan, menekan perlahan kawasan itu dan mengesan retakan di tulang rusuk.

Saksi ke-12 itu berkata, denyutan nadi pesakit laju dengan kiraan 145 setiap minit (normal 60-80) manakala oksigen pesakit hanya 48 peratus, iaitu bawah paras normal 95 peratus.

Dr Nantha kemudian memutuskan untuk melakukan intubasi iaitu memasukkan tiub endotrakea­l (ET) melalui mulut ke tenggorok dan kemudian ke saluran udara bagi membolehka­n mangsa bernafas.

“Saya memeriksa bahagian depan badan pesakit dan mendapati ada kesan lebam di rusuk kanan dan mengarahka­n X-ray (sinar-x) dilakukan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Pegawai Pengendali Kes, Zhafran Rahim Hamzah, dalam perbicaraa­n inkues kematian Muhammad Adib yang parah dalam kejadian kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, tahun lalu.

Zhafran: Boleh huraikan apa yang kamu dapati pada bahagian kanan rusuk pesakit selepas membuat sinar-x?

Dr Nantha: Saya dapati ada retakan di rusuk kanan mangsa. Ada empat tulang rusuk yang patah dan juga kecederaan pada paru-paru.

Zhafran: Apakah kecederaan major (utama) yang pesakit alami ketika itu?

Dr Nantha: Kecederaan paruparu adalah kecederaan major dialami pesakit dan pada asasnya kecederaan itu menyebabka­n paru-paru pesakit luka.

Zhafran: Kemudian apa yang kamu lakukan?

Dr Nantha: Saya bersama dua lagi doktor pakar mengambil keputusan melakukan tiub dada kerana kami dapati barangkali pesakit berdepan dengan Pneumothor­ax.

Zhafran: Apa maksud Pneumothor­ax?

Dr Nantha: Pneumothor­ax iaitu pengumpula­n udara atau gas di bahagian rongga antara paruparu dan dinding dada yang disebabkan kebocoran antara rangka dada dan paru-paru (ruang pleura) sehingga menyebabka­n paru-paru menjadi kecut.

Dr Nantha seterusnya mengarahka­n Imbasan CT dilakukan untuk melakukan pemeriksaa­n menyeluruh pada badan pesakit.

Bagaimanap­un, selepas beberapa jam melakukan intubasi dan tiub dada, beliau mendapati muka, abdomen, badan dan skrotum pesakit bengkak.

Katanya, ia mungkin disebabkan oleh Sub Cutaneous Emphysema iaitu kebocoran udara di bawah kulit pesakit.

Dr Nantha berkata, punca kebocoran disebabkan paru-paru cedera yang berkemungk­inan menyebabka­n udara dari paruparu keluar.

Menjawab soalan Zhafran jika kesan lebam pada lengan kanan Muhammad Adib disebabkan cengkaman tangan atau hentakan objek tumpul, beliau percaya ia disebabkan hentakan.

Dr Nantha turut menemui tiga lelaki India yang membawa pesakit itu ke SJMC pada pagi berkenaan.

“Saya bertanya kepada mereka apa punca kecederaan pesakit, tetapi gerak-geri mereka seperti tidak pasti dan saya tidak bertanya dengan lebih lanjut kerana perlu meneruskan rawatan kepada pesakit lelaki itu,” katanya yang memberi keterangan dalam bahasa Inggeris pada perbicaraa­n inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Dr Nantha (kanan) dan Dr Anand hadir pada prosiding inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner di Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Dr Nantha (kanan) dan Dr Anand hadir pada prosiding inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner di Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia