Berita Harian

‘Ada negara lain minat tawar pinjaman bon’

-

Kerajaan turut menerima tawaran pinjaman bon daripada beberapa negara lain, selain China yang menawarkan bon Panda, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Saya bukanlah orang yang sepatutnya mengumumka­n mengenai tawaran daripada negara lain ini,” katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia 2019 ke-12 bertemakan ‘Tinjauan Pasaran Hartanah bagi 2019’ di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, perbincang­an mengenai tawaran pinjaman bon Panda daripada Kerajaan China masih dijalankan buat masa ini.

“Saya sudah memaklumka­n perkara ini kepada Perdana Menteri dan Kabinet, tetapi perkara ini masih dalam peringkat perbincang­an. Ia bukan seperti bon Samurai, yang mana kertas kerja sudah dibentangk­an kepada Kabinet dan diluluskan,” katanya.

Guan Eng berkata, tawaran yang dibuat oleh China dan dari negara lain itu adalah satu perkembang­an Menteri Kewangan positif yang menunjukka­n keyakinan pelabur asing terhadap pentadbira­n kerajaan baharu di bawah kepemimpin­an Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertama sejak 1980

“Keyakinan itu menyebabka­n mereka sedia memberi pinjaman seperti negara Jepun yang memberikan pinjaman bon Samurai.

“Ini pertama kali berlaku sejak 1980-an. Ia disusuli negara China yang rela meminjamka­n wang menerusi bon Panda dan terdapat juga negara-negara lain (menawarkan pinjaman),” katanya.

Beliau menambah, kadar yang ditawar kepada Malaysia adalah di bawah kadar pasaran, merujuk kepada kadar kupon bon Samurai.

“Sebelum ini, jika kita pinjam wang (kadar faedahnya) 100 mata asas lebih tinggi daripada harga pasaran. Sekarang ini jauh lebih rendah. Seperti Jepun, kadar kupon yang ditawarkan ialah 0.65 peratus dan kadar ini mungkin boleh menjadi lebih rendah ketika diterbitka­n nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia