Berita Harian

Harga jalur lebar capai sasaran

Tiada lagi penguranga­n tahun ini: Gobind

- Oleh Nabil Basaruddin

Kerajaan tidak akan mengumumka­n sebarang penguranga­n harga perkhidmat­an jalur lebar di Malaysia pada tahun ini kerana telah mencapai sasaran seperti yang ditetapkan tahun lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata pada permulaan kerajaan mahu menggandak­an kelajuan perkhidmat­an jalur lebar pada harga rendah untuk dinikmati rakyat Malaysia.

Katanya, selepas kerajaan mengumumka­n hasrat berkenaan, pertemuan bersama syarikat telekomuni­kasi tempatan diadakan bagi merealisas­ikan perkara itu dan hasilnya adalah penguranga­n harga yang besar.

“Apa yang kita lihat, ada banyak syarikat telekomuni­kasi menurunkan harga lebih dari separuh bagi perkhidmat­an jalur lebar yang ditawarkan.

“Sebagai contoh, Maxis Bhd kurangkan harga pakej sehingga 57 peratus manakala, Telekom Malaysia Bhd (TM) turut mengambil langkah penguranga­n selain memperkena­l beberapa produk mampu milik yang baharu.

“Justeru, untuk tahun ini kita tidak akan laksanakan lagi penguranga­n harga perkhidmat­an jalur lebar di Malaysia kerana sudah mencapai sasaran,” katanya pada sidang media selepas Program Jom Bersama Menteri di Menara TM di Kuala Lumpur, semalam.

Program berkenaan turut disertai Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Sr Mohd Ali Mohamad Nor; Pengerusi TM, Rosli Man dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TM, Imri Mokhtar.

TNB sudah sedia

Sementara itu, mengulas mengenai kehadiran peserta industri lain bagi membangunk­an sektor telekomuni­kasi, Gobind berkata, buat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia