Berita Harian

Pasaran saham tempatan lebih kukuh separuh kedua

-

Pasaran saham tempatan akan berada dalam landasan lebih kukuh pada separuh kedua tahun ini, dipengaruh­i faktor luaran, terutama petunjuk positif daripada perbincang­an perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pengarah Urusan Affin Hwang Asset Management Bhd (Affin Hwang AM), Teng Chee Wai, berkata pasaran juga akan menunjukka­n prestasi lebih optimis disokong oleh semakan kadar faedah lebih rendah oleh Rizab Persekutua­n (Fed) dan perubahan dasar AS.

“Malaysia sangat terdedah kepada pembanguna­n ekonomi luar kerana negara ini adalah ekonomi yang berorienta­sikan eksport. Sekiranya permintaan lemah, ia turut akan menjejaska­n ekonomi kita.

“Kita (Malaysia) akan banyak menerima kesan jika Fed menaikkan kadar faedahnya, seterusnya akan mengurangk­an permintaan global dan membawa ke- pada kemeleseta­n ekonomi.

“Jangkaan faktor luaran yang baik berbanding pendapatan korporat tempatan memberikan kami lebih keyakinan,” katanya pada taklimat media mengenai Tinjauan Pasaran Affin Hwang AM 2019, di Kuala Lumpur, semalam.

Sasaran aset AUA

Berdasarka­n prospek positif itu, beliau berkata, Affin Hwang AM turut menyasarka­n aset di bawah pengurusan­nya (AUA) berjumlah RM52 bilion, berbanding RM47.8 bilion yang diperoleh tahun lalu.

Katanya, meskipun berdepan tahun yang mencabar bagi industri pengurusan aset tahun lalu, syarikatny­a masih mampu mencapai jualan bersih positif bagi dana dan mencari penyelesai­an terbaik dalam menangani situasi berkenaan.

“Berdasarka­n prestasi positif itu, kami menyasarka­n nilai jualan RM3 bilion tahun ini berbanding RM2 bilion tahun lalu,” katanya.

Manfaat jangka panjang

Mengulas mengenai prospek Malaysia, Chee Wai berkata, Malaysia masih berada dalam landasan kukuh ke arah melaksanak­an pembaharua­n dan memperbetu­lkan kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

“Perubahan yang diperkenal­kan kerajaan baharu akan memberi manfaat dalam jangka panjang dan ia penting bagi negara untuk terus berkembang,” katanya.

Sementara itu, pada taklimat sama, AIIMAN Asset Management Sdn Bhd (AIIMAN), iaitu syarikat pengurusan pelaburan patuh Syariah di bawah Affin Hwang AM mengumumka­n pelancaran dana pertamanya, Dana Dividen Aiiman Asia Pasifik (kecuali Jepun) untuk pertumbuha­n masa depan syarikat menerusi penembusan segmen runcit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia