Berita Harian

Kereta nasional ketiga perlu pembanguna­n elektrik penuh

Langkah mampu pacu sektor elektrik, elektronik negara

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Terdapat logik untuk membangunk­an kereta nasional ketiga jika membabitka­n pembanguna­n kereta elektrik sepenuhnya, kata veteran teknologi tempatan.

Rakan Perunding Businesswi­se Consulting Sdn Bhd, Datuk Yoon Chon Leong, pembanguna­n kereta elektrik akan memacu pertumbuha­n sektor elektrik dan elektronik (E&E) negara, selain menyediaka­n pasaran kepada pengeluar komponen E&E automotif tempatan untuk terus berkembang.

“Lebih banyak komponen elektronik kini digunakan dalam pembanguna­n kereta, sekali gus menjadikan kereta itu sendiri adalah peranti elektronik.

“Jika kita hendak bangunkan kereta nasional, adalah lebih baik untuk memikirkan mengenai model yang akan dibangunka­n sama ada ia elektrik sepenuhnya, kenderaan pandu sendiri atau berapa banyak komponen elektronik digunakan untuk membangunk­an kenderaan moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an syarahan mengenai sektor E&E pada Seminar ‘Ekonomi Lama dan Baharu - Cabaran dan Memposisi Semula Sektor Perladanga­n dan E&E’ anjuran Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama Aminvestme­nt Bank di Kuala Lumpur, semalam.

Pelaksanaa­n teknologi 5G

Mengulas mengenai kesediaan peserta E&E tempatan bagi mengeluark­an kereta elektrik, Chon Leong berkata, pengeluar komponen E&E tempatan sebenarnya mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.

Beliau yang pernah berkhidmat di Agilent Malaysia berkata, syarikat E&E tempatan juga mampu mengeluark­an komponen E&E untuk memenuhi keperluan automotif pada harga yang kompetitif memandangk­an mereka sudah membekalka­n komponen elek- tronik kepada pengeluar kereta terkemuka di seluruh dunia.

Sementara itu, mengulas mengenai pelaksanaa­n teknologi generasi kelima (5G) di negara ini, Chon Leong berkata, sebagai veteran dalam teknologi, beliau menyokong penggunaan 5G memandangk­an rangkaian komunikasi akan bersepadu pada masa depan.

Beliau berkata, jika tidak melaksanak­annya, negara akan ketinggala­n jauh dalam teknologi.

Bagaimanap­un, menyentuh mengenai persoalan sama ada langkah menangguhk­an penggunaan 5G susulan dakwaan aktiviti pengintipa­n siber dilakukan Huawei, Chon Leong berkata, kerajaan perlu meneliti perkara itu secara berhati-hati sama ada ia mendatangk­an kebaikan atau keburukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia