Berita Harian

Pemanduan bergaya S 560 Cabriolet

Serba mewah, lebih berkuasa

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@bh.com.my

Kuasa mengagumka­n, tahap keselesaan tinggi. Itu kesimpulan ringkas penulis selepas diberi peluang memandu uji Mercedes-benz S 560 Cabriolet baru-baru ini.

Jika anda mengikuti perkembang­an model Mercedes-benz di Malaysia, pastinya anda tahu model bumbung yang boleh dibuka ini adalah antara empat model S-class terbaharu yang dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh Mercedes-benz Malaysia (MBM) pada pertengaha­n tahun lalu.

Tiga model lain ialah S 450 L, AMG S 63 Coupe dan Maybach S 560.

Ssntuhan inovasi

Sebagai satu daripada model S-class, cabriolet ini turut menerima pelbagai sentuhan inovasi baharu pada barisan model tertinggi itu.

Ciri-ciri baharu itu termasuk sistem bantuan pemanduan yang dipertingk­at, kawalan dan paparan konsep yang lebih moden dengan kokpit lebar, serta roda stereng generasi baharu, selain diintegras­i dengan kawalan keselesaan ENERGIZING dan infotainme­n generasi terkini.

Ciri unik bagi model ini merangkumi penggunaan teknologi OLED pada lampu belakangny­a, sama seperti versi coupe.

Di bahagian dalam model ini turut mengekalka­n ciri serba mewahnya, menepati standard sebuah kenderaan premium menerusi gandingan bahan berkualiti tinggi serta kemasan eksklusif yang ditawarkan Mercedes-benz.

Model ini mempunyai dua skrin resolusi tinggi, masing-masing bersaiz 12.3 inci yang dicantumka­n, menghasilk­an sebuah kokpit lebar. Malah, kokpit digital itu turut menawarkan tiga pilihan visual merangkumi Classic, Sporty dan

Progressiv­e.

Sistem infotainme­nt juga boleh dikawal menerusi pad sentuh dengan kawalan pada konsol tengah dan kawalan suara LINGUATRON­IC. Kawalan suara itu juga kini boleh digunakan untuk mengawal pendingin hawa, pemanas kerusi, lampu dalam (ambien, lampu membaca dan lampu belakang), fungsi mengurut di kerusi dan paparan Head-up.

Selain itu, ia juga menampilka­n penghubung telefon pintar seperti Apple Carplay dan Android Auto. Malah, model ini juga didatangka­n pengecas telefon tanpa wayar.

Meskipun ia menampilka­n reka bentuk elegan yang mengetenga­hkan ciri serba mewahnya, kuasa yang terdapat pada jentera dua pintu ini sememangny­a tidak mengecewak­an.

Dikuasakan enjin V8 bi-turbo empat liter, ia mampu menghasilk­an 469 kuasa kuda (hp) dan 700 Nm tork.

Ini membolehka­n jentera itu melakukan pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) pada catatan masa 4.6 saat serta mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

Menariknya, memandu model ini adalah tahap bunyi enjin yang dihasilkan terutama ketika sedang memandu dalam kelajuan perlahan. Terdapat sedikit ngauman apabila pemandu cuba memecut, namun, bunyinya tidaklah sama seperti pada model AMG.

Mana tidaknya, walaupun ia mempunyai kuasa yang banyak, model ini bukan dibina untuk dipandu secara agresif terutama ketika mengharung­i laluan berselekoh (seperti kebanyakan model AMG).

Sebaliknya, ia dilihat sesuai bagi mereka yang menitikber­atkan pemanduan selesa, sama ada di bandar atau di lebuh raya. Secara menyeluruh, S 560 Cabriolet menawarkan pemanduan dengan keselesaan tinggi, namun, ia juga mempunyai keupayaan untuk melakukan pecutan mantap.

Dalam pada itu, model ini turut dilengkapi sistem bantuan pemanduan Intelligen­t Drive yang dipertingk­at. Kawalan Jarak Aktif DISTRONIC dan Bantuan Kawalan Aktif pada model itu kini membantu pemandu mengekalka­n jarak selamat dan pengendali­an lebih selamat.

Kelajuanny­a diubah secara automatik mengikut selekoh, simpang dan bulatan. Selain itu, S-class Cabriolet itu juga didatangka­n suspensi jenis Airmatic sepenuhnya, dengan ciri boleh laras.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Reka bentuk dalaman serba mewah dan kemasan eksklusif menepati standard sebuah kenderaan premium.
Reka bentuk dalaman serba mewah dan kemasan eksklusif menepati standard sebuah kenderaan premium.
 ??  ?? Rekaan bahagian belakang yang elegan.
Rekaan bahagian belakang yang elegan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia