Berita Harian

Porsche 718 Caymen Sportdesig­n Series terhad 15 unit

Ketengahka­n wajah lebih sporty

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Selepas membuat penampilan sulung dua tahun lalu di Malaysia, Porsche 718 Cayman kini hadir dengan pilihan pakej yang lebih sporty, Sportdesig­n Series untuk pasaran tempatan.

Terhad kepada 15 unit sahaja, ia ditawarkan menerusi tiga pilihan warna iaitu Racing Yellow, Guards

Red dan Carrara White Metallic harga RM625,000.

Di luaran, ia kini hadir dengan penampilan lebih agresif, hadir dengan rekaan fiber serta reka bentuk spoiler depan dan apron belakang baharu.

Malah, kemasan hitam pada pemegang pintu serta muncung ekzos yang berkeduduk­an di pada tengah berbanding sistem ekzos sport standard sebelum ini, sekali gus mengetenga­hkan penampilan sporty jentera itu.

Selain itu, ia dilengkapi lampu utama LED termasuk Porsche

Dynamic Light System Plus (PDLS), lampu belakang rekaan tiga dimensi merangkumi empat lampu brek dan rim 20 inci berwarna hitam.

Gandingan kemasan kulit, hiasan karbon

Beralih ke bahagian dalam, semua model itu menerima kemasan kulit berwarna hitam yang digandingk­an dengan hiasan karbon selain dilengkapi tempat duduk kuasa yang boleh dilaras sehingga 14 cara serta 10 pembesar suara.

Untuk tawaran pemanduan yang lebih mantap, ia dilengkapi

Porsche Active Suspension Management (PASM) yang dipasang secara standard, menghasilk­an badan kereta yang lebih rendah sehingga 10mm sekali gus menawarkan penalaan casis yang lebih baik untuk ketangkasa­n lebih mantap.

“Model ini disasarkan kepada mereka yang inginkan kenderaan untuk kegunaan harian tanpa korbankan aspek sporty jentera itu,” katanya.

 ??  ?? 718 Caymen Sportdesig­n tampil dengan sisi lebih sporty.
718 Caymen Sportdesig­n tampil dengan sisi lebih sporty.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia