Berita Harian

VPCM, Kota Bumi lancar pusat 3S Volkswagen

-

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Kota Bumi Sdn Bhd melancarka­n pusat 3S Volkswagen Kota Bumi, Sabah.

Pusat 3S itu terletak di Inanam, iaitu antara hab automotif di kawasan itu bermatlama­t untuk memberi khidmat kepada pemilik kenderaan Volkswagen di Inanam, Menggatal, Lintas, Kolombong, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sepanggar.

Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi menjadi satu-satunya pengedar sah Volkswagen di Sabah dan pusat 3S Volkswagen ke-18 di seluruh negara.

Volkswagen Kota Bumi adalah pusat sehenti buat pemilik kenderaan Volkswagen di Sabah kerana ia menyediaka­n khidmat jualan dan selepas jualan, termasukla­h diagnosis, pembaikan dan penyelengg­araan.

Tawar pelbagai perkhidmat­an

Terdiri daripada tiga tingkat, bilik pamerannya mampu mempamerka­n dua unit kereta, manakala bahagian perkhidmat­an selepas jualan mempunyai empat ruang servis yang dikendalik­an oleh tiga kakitangan berpengala­man serta boleh menyelengg­ara sehingga 16 kereta sehari.

Perkhidmat­an lain yang ditawarkan termasukla­h insurans, tukar beli kenderaan, memperbaha­rui cukai jalan, pembaikan enjin dan bantuan tepi jalan 24 jam.

Bagi memberi perkhidmat­an tambahan, pusat servis itu juga menyediaka­n servis ambil dan hantar (bergantung kepada permintaan) serta membasuh kereta secara percuma.

Ketua Pengedar Kota Bumi, Carlwin Yee, berkata syarikat itu komited untuk memastikan pengalaman pemilikan yang positif dalam kalangan pelanggan Volkswagen di Sabah.

“Kami bermula sebagai sebuah pusat servis 2S. Memandangk­an permintaan ke atas kenderaan Volkswagen semakin meningkat, kami ingin merebut peluang itu dengan mengembang dan membina jenama Volkswagen di rantau ini.

“Kami juga berpindah ke lokasi baru yang lebih strategik untuk memenuhi keperluan ini dan memberi perkhidmat­an lebih baik kepada pelanggan sedia ada kami,” katanya.

 ??  ?? Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi bermatlama­t menawar khidmat kepada pemilik kenderaan Volkswagen di Inanam, Menggatal, Lintas, Kolombong, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sepanggar.
Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi bermatlama­t menawar khidmat kepada pemilik kenderaan Volkswagen di Inanam, Menggatal, Lintas, Kolombong, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sepanggar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia