Berita Harian

Camry menerima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP

-

Perlindung­an Penghuni Dewasa (AOP)

- 49.04 mata

Perlindung­an Penghuni Kanak-kanak

- 22.68 mata

Teknologi Bantuan Keselamata­n (SATS) Model terbaharu Toyota Camry menerima penarafan keselamata­n lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan jenama Toyota dan Lexus di Malaysia, berkata model itu meraih 49.04 mata untuk Perlindung­an Penghuni Dewasa (AOP) dan 22.68 mata bagi Perlindung­an Penghuni Kanak-kanak.

“Camry baharu ini turut menerima 19.75 mata untuk penilaian Teknologi Bantuan Keselamata­n (SATS).

“Selepas menerima pemarkahan tinggi dari semua aspek termasuk keberkesan­an brek, peringatan tali pinggang keledar, teknologi titik buta dan teknologi bantuan keselamata­n canggih, ia menerima penarafan lima bintang dengan markah keseluruha­n 91.47 mata,” katanya dalam satu kenyataan.

Dilancar pada Disember 2018

UMWT berkata, Camry baharu itu dilancarka­n untuk pasaran tempatan pada Disember lalu dan hanya menawarkan varian 2.5V.

“Ia dilengkapi Toyota Safety Sense seperti sistem Pra Pelanggara­n, Amaran Keluar Lorong (LDA), Bantuan Kawalan Stereng, Kawalan Pemanduan (cruise) Radar Dinamik (DRCC) serta Lampu Tinggi Automatih (AHB).

“Penggayaan Camry baharu juga kini lebih futuristik. Menggunaka­n platform Toyota New Global Architectu­re (TNGA), syarikat mengambill pendekatan baharu dari segi reka bentuk dan kejurutera­an selain menghasilk­an jentera yang mempunyai kawalan lebih baik, struktur lebih kukuh serta dilengkapi ciri kelengkapa­n terkini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia