Berita Harian

Laba 9 bulan Ambank Group RM1.05 bilion

-

AMMB Holdings Bhd (Ambank Group) mencatatka­n keuntungan bersih RM1.05 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir 31 Disember 2018.

Keuntungan yang lebih baik itu dipacu oleh jumlah pinjaman lebih tinggi, asas kos yang lebih rendah dan peningkata­n dari segi pemulihan.

Bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2018, kumpulan perbankan itu mencatat keuntungan bersih sebanyak RM349.88 juta, naik 59.8 peratus daripada RM218.98 juta yang dicatatkan dalam suku sama tahun sebelumnya.

Pendapatan yang diraihnya dalam tempoh sembilan bulan meningkat dua peratus kepada RM2.97 bilion, disokong oleh kenaikan 5.9 peratus pendapatan faedah bersih (NII).

Strategi membuahkan hasil

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, berkata hasil sepanjang tempoh sembilan itu menunjukka­n bahawa pelaksanaa­n strategi bank itu sejak beberapa tahun kebelakang­an ini mula membuahkan hasil pada peringkat perniagaan dan keuntungan­nya.

“Ia disokong oleh fakta bahawa keuntungan bersih kami dalam tempoh ini meningkat 19 peratus bagi tahun ke tahun berbanding pertumbuha­n ekonomi yang lebih perlahan dan peningkata­n dalam ketidakten­tuan pasaran manakala pendapatan meningkat dua peratus disokong oleh pertumbuha­n pinjaman yang stabil, memacu pertumbuha­n pendapatan faedah bersih sebanyak 5.9 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Ambank Group juga mencapai beberapa pemulihan korporat yang besar, dengan meningkatk­an perolehann­ya dengan pulangan ekuiti (ROE) meningkat kepada 8.2 peratus, dalam landasan untuk mencapai sasaran ROE sebanyak 8.5 peratus.

“Kumpulan itu mencatatka­n pemulihan bersih sebanyak RM33.4 juta dalam tempoh sembilan bulan dikaji berbanding caj rosot nilai sebanyak RM32.9 juta dalam tempoh sama tahun lalu, dibantu oleh beberapa pemulihan korporat yang besar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia