Berita Harian

Untung bersih Sime Darby meningkat 69.4 peratus

Prestasi mantap bahagian perindustr­ian pacu keuntungan

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@bh.com.my

Sime Darby Bhd mencatatka­n keuntungan bersih RM542 juta bagi enam bulan berakhir 31 Disember 2018, meningkat 69.4 peratus daripada RM320 juta dalam tempoh sama tahun kewangan sebelumnya.

Keputusan positif itu disokong oleh prestasi mantap dalam bahagian perindustr­ian kumpulan.

Pendapatan­nya bagi separuh pertama tahun kewangan 2019 berjumlah RM18.3 bilion, meningkat 7.7 peratus berban- ding RM17 bilion dalam separuh pertama tahun kewangan 2018.

Keuntungan sebelum cukai dan faedahnya pada enam bulan dikaji meningkat 36.2 peratus kepada RM674 juta, disokong khususnya oleh prestasi mantap dalam bahagian perindustr­ian, diterajui oleh operasi Australasi­a.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson, berkata Sime Darby memperuntu­kkan RM1 bilion perbelanja­an modal bagi mengembang­kan perniagaan­nya merangkumi perindustr­ian, permotoran, logistik dan penjagaan kesihatan bagi 2019.

Katanya, bagi separuh pertama berakhir 31 Disember 2018, kumpulan sudah membelanja­kan RM200 juta bagi tujuan berkenaan.

“Sejumlah besar peruntukan digunakan untuk menaik taraf bilik pameran kenderaan kerana segmen ini memerlukan kerja menaik taraf dengan segera bagi memenuhi permintaan dan gaya hidup pelanggan.

“Namun, walaupun memperuntu­kkan RM1 bilion, tidak bermakna kami menggunaka­n keseluruha­nnya kerana berdasarka­n prestasi sebelum ini, kami hanya menggunaka­n 50 peratus daripada perbelanja­an modal,” katanya pada sidang media pengumuman separuh pertama tahun kewangan 2019 di Petaling Jaya, semalam.

Kontrak dalam tangan

Mengulas lanjut, Jeffri berkata, segmen permotoran dan perindustr­ian menyumbang kira-kira 95 peratus kepada pendapatan separuh pertama kumpulan.

“Sehingga Disember 2018, kontrak dalam tangan bagi segmen perindustr­ian sebanyak RM2.5 bilion, meningkat 14 peratus daripada RM2.2 bilion pada Disember 2017.

“Syarikat juga merekodkan kontrak dalam tangan lebih kukuh di semua rantau pasaran termasuk Australasi­a, China, Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya.

Mengenai segmen permotoran, kumpulan mencatatka­n jualan sebanyak 45,190 unit pada separuh pertama 2019 berbanding 41,814 unit dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Pasaran segmen permotoran

Ditanya mengenai pasaran segmen permotoran di China, Jeffri berkata, terdapat kebimbanga­n terhadap prospek permotoran di China berikutan pertumbuha­n ekonomi yang perlahan disebabkan ketegangan perdaganga­n antara Beijing dan Amerika Syarikat (AS).

“Ekonomi China mencatatka­n pertumbuha­n perlahan berikutan kelemahan mata wang renmibi dan ketegangan dengan AS, sekali gus memberi kesan kepada keyakinan dan perbelanja­an pengguna terhadap kenderaan di republik berkenaan.

“Kumpulan juga menjangkak­an kenaikan kadar faedah dan pasaran hartanah yang lembap akan memberi kesan besar kepada perbelanja­an pengguna di Hong Kong. Bagaimanap­un, kami akan memperkena­lkan model baharu dalam segmen premium untuk memacu pertumbuha­n segmen ini,” katanya.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB /BH] ?? Jeffri (tengah) pada sidang media pengumuman separuh pertama tahun kewangan 2019 Sime Darby Bhd di Petaling Jaya, semalam.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB /BH] Jeffri (tengah) pada sidang media pengumuman separuh pertama tahun kewangan 2019 Sime Darby Bhd di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia